Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 13, 2010

IKLAN POTONG BANTU KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Teman tertarik dan seronok bila membaca tulisan Tulahan mengenai Cukai Pendapatan Kakitangan Kerajaan telah dipotong senyap-senyap.Patutlah LHDN seronok buat unjuran kutipannya dengan bangga sekali.Kakitangan kerajaan mudah DIPERKENAKAN oleh BN contohnya beri bonus atau kenaikan gaji atau pelarasan gaji.Memang kakitangan seronok dapat tapi selepas itu Kerajaan boleh mengutip secara automatic melalu potongan gaji dan ramai kakitangan akan layak dipotong gaji.Biasanya secara keseluruhan LHDN akan terpotong lebih kerana banyak rebet dan pelepasan cukai akan dapat diistihar pada tahun akan datang dan ini seolah-olah Sistem Bayar Dulu.Kalau ada lebihan atau kurangan akan dikira kemudian.Selain itu tektik Potong bajet Kementerian tertentu juga berlaku terutama Kementerian Pelajaran.Potong subsidi gula dan inyak petrol dan banyak lagi.

Tengahari tadi di tempat kerja, kawan2 dok bising bagi tahu gaji depa kena potong. Tanya penulis, tengok slip gaji dak lagi. Penulis dah ambil slip tapi tak tengok simpan dalam poket.

Bila buka slip, terkejut gaji penulis juga kena potong. Bukan potong gaji saja2 tapi potong cukai pendapatan. Tak pernah penulis isi borang suruh kerani potong cukai pendapatan. Kawan2 pun macam tu.

Selalunya, isi borang cukai pendapatan dulu kalau kena cukai baru bayar. Ini tidak , kerajaan potong cukai dulu tanpa kebenaran kakitangan kerajaan. Bila tanya pejabat LHDN, jawapannya kalau tak kena potong nanti kerajaan bayar balik.

Rasanya mulai Januari ni, 1 Malaysia kakitangan kerajaan kena potong cukai pendapatan. Ramai yang pasti terkejut kerana bukan sikit kena potong. Ada yang kena beratus ringgit, bajet bulanan berubah.

Kalau yang ada duit tak pa la, tapi kalau yang potong sana potong sini perit juga nak sara keluarga bila gaji kena potong. Dah la tinggal tak seberapa, kerajaan potong lagi tinggal ciput ja.

Nampak jelas kerajaan Najib terdesak nak pakai duit. Sanggup ambil dulu duit kakitangan atas nama cukai pendapatan untuk belanja. Sebelum ini potong peruntukan Kementerian sehingga kakitangan kerajaan terpaksa berjimat walaupun dah terlalu jimat sehingga terguna duit poket sendiri.

Rakyat yang jadi mangsa kerana bila potong peruntukan banyak perkhidmatan kerajaan kepada rakyat terjejas. Contohnya, potong peruntukan asrama.

Kenapa kerajaan Najib tak bersungguh atasi ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan? Kenapa kerajaan Najib tak atasi penyelewengan wang rakyat akibat rasuah dan salah guna kuasa. Jawapannya, sebab yang bagi tiris, yang rasuah, yang salah guna kuasa adalah puak-puak Najib juga.

Berapa bilion wang rakyat musnah kerana kes PKFZ dan enjit jet hilang? Kenapa kakitangan kerajaan pula kena terima beban. Dah la tak dapat bonus, la gaji pula kena potong.

Sah dah, kerajaan Najib hidup dengan cara potong. Potong peruntukan, potong gaji, lepas ini potong elaun dan macam2 potong lagi akan muncul. Sebab tu la, ada wakil kerajaan yang tak boleh tengok iklan potong!potong!potong!.

Wassalam
Posted by Tulahan

No comments: