Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 7, 2010

PENDUDUK KG BARU DAH TAU DAN NYARIS TERKENA



pemandangan dari atas penempatan tapak pasar minggu Kampung Baru yang akan dimodenkan.

Kalau kita masih ingat semasa Bekas Ahli Parlimen Dr Suleiman yang ingin buat projek Kg Baru domodenkan dulu nyaris penduduk Kg Baru tertipu.Sepatutnya Kerajaan beri harga ikut pasaran tetapi mereka ingin beli dengan harga bawah nilai pasaran.Tak silap Najib kata malam tadi nilai tanah ialah RM350 sekakipersegi.
Kebanyakan penduduk yang ditemuramah semuanya hanya secara dasar setuju dengan projek Bajib tapi mereka ingin bersifat hati-hati dan akan meneliti dengan lepih terperinci cadangan dan perjanjian yang akan diwar-warkan oleh Kerajaan.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain.

Perdana Menteri berkata, di bawah kaedah pembangunan itu, yang akan dicadangkan untuk persetujuan pemilik tanah dan penduduk, kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan pembangunan baru itu selepas mendapat persetujuan mereka.

Menurut beliau, kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan sebuah badan khas dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa penyertaan swasta supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan demi kepentingan mereka.
"Saya harap bila kita sudah buat cadangan yang mantap, penduduk di sini ada peluang teliti cadangan serta konsep yang akan digunakan. Saya harap selepas itu penduduk terutama pemilik tanah di sini boleh menerima dan memberi persetujuan kepada cadangan kerajaan ini," katanya.
POLITIK

1 comment:

abu muaz said...

salam tuan. kena hati-hati dan baca betul-betul butirannya.