Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 7, 2010

BERANIKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN MENEGUR SALAHGUNA KENDERAAN KERAJAAN DI SABAH?



Kenderaan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga tidak kelihatan.
PENYALAHGUNAAN kenderaan kerajaan yang berpejabat di Urusetia Daerah Lahad Datu semakin berleluasa kerana 99 peratus Ketua Jabatan yang dibekalkan kenderaan membawa pulang kenderaan mereka sebagai kenderaan peribadi.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam, Johani Abdul Halim mendedahkan bahawa hanya sebuah kenderaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebuah bas Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang disimpan di garaj Urusetia Daerah Lahad Datu pada jam 12.30 tengahari.

“Mana kenderaan lain? Apakah mereka menjadikan kenderaan tersebut sebagai kenderaan peribadi mereka ke kebun atau mengambil anak atau bersiar-siar dengan keluarga? Kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat menyiasat isu penyalahgunaan kenderaan kerajaan ini?,” tanya Johani yang kesal kerana ketiadaan pengawal bertugas di pintu pagar Urusetia Daerah.

Menurut Johani, beliau terkejut kerana semua Ketua Jabatan membawa pulang kenderaan mereka sedangkan garaj berkenaan disediakan untuk menyimpan kenderaan tersebut selepas waktu bekerja atau hari kelepasan am.

Semua Jabatan yang berpejabat di Urusetia Daerah, kata Johani mempunyai kenderaan masing-masing yang minyak dan penyelenggaraan dibayar oleh kerajaan tetapi amat malang mereka menggunakan untuk tujuan peribadi.

Dalam hal ini kata Johani, Ketua Jabatan harus bertanggung jawab terhadap kenderaan masing-masing kerana ianya menggunakan wang rakyat sekaligus melanggar ketetepan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (Sabah) Bilangan 4 Tahun 1997.

“Kita sedar, kemungkinan Urusetia Daerah Lahad Datu tidak selamat kerana ketiadaan system keselamatan dan pengawal keselamatannya sering ponteng kerja dan hanya mengharapkan pagar, namun ianya bukan alasan kerana polis boleh memastikan keselamatan terkawal,” ujar Johani yang mendesak agar Pegawai Daerah Lahad Datu meningkatkan kawalan keselamatan di bangunan berkenaan.

Walaupun ketiadaan CCTV kata Johani, namun jika Pengawal Keselamatan bekerja sepenuh masa, masalah keselamatan tidak lagi menjadi alasan untuk mereka membawa pulang kenderaan kerajaan sebagai kenderaan peribadi.

Tegas Johani, pihaknya telah menubuhkan unit khas memantau penyalahgunaan kenderaan kerajaan dan akan mendedahkan kepada media jika didapati melanggar peraturan yang berkuatkuasa.

No comments: