Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 17, 2010

MASUK AHLI KITA TERIMA TAPI JANGAN YANG SUKA MASYUUK

Teman tidak terasa bila ada ahli Pakatan atau Wakil rakyat Pakatan yang keluar dari PAakatan Rakyat kerana kes masyuuuk.Masyuuuk di sini ada 2 , pertama yang mudah kecewa tak dapat projek atau tender.Kedua , yang mudah diugut atau dijolok dengan RM berjuta.Yang moleknya kita beri penjelasan dan usrah kepada yang baru jadi ahli terutama dari bekas parti UMNO.Kita kena beritahu mereka bahawa jangan harap keselesaaan seperti BN/UMNO yang biasa hidup RM10,000 sebulan tapi kalu dalam Pakatan mungkin pendapatan RM5,000 sahaja.Walaubagaimanapun kena bersabar sehingga Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat insyallah.

Bekas Veteran Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Kuala Ina, Dara Ahmad mengambil keputusan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali gus mengikuti jejak langkah anak-anaknya menyertai parti tersebut tahun lepas.
Ketua PKR Melaka, Mahani Masban berkata, penyertaan Dara ke PKR sangat dialu-alukan dan rumah beliau kini dijadikan lokasi Ranting PKR Kuala Ina yang dirasmikan baru-baru ini.
“Kita difahamkan ramai lagi rakan beliau (Dara) akan mengikuti jejak langkahnya menyertai kami (PKR),” katanya kepada Sinar Harian selepas Penyerahan Borang Keahlian PKR di rumahnya, di sini.
Menurut Mahani, sehingga kini seluruh jentera wanita PKR semua kawasan dan negeri tetap meneruskan aktiviti bersama rakyat meskipun pelbagai spekulasi melanda parti tersebut sejak kebelakangan itu termasuk kes perbicaraan Penasihat PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, spekulasi melanda tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang dan menarik penyertaan masyarakat dalam PKR.
Sementara itu, Mahani memaklumkan pihaknya turut menghantar seramai 20 orang dari setiap cabang secara bergilir-gilir untuk menghadiri mahkamah sepanjang perbicaraan berlangsung.
“Inilah tanda sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada pucuk kepimpinan dan percaya beliau (Anwar) pasti dibebaskan berhubung fitnah yang mengaibkan beliau,” katanya.
Terdahulu Wanita PKR Melaka turut meraikan Pesta Ponggal yang berlangsung di Taman Serkam Maju melibatkan penyertaan ahli PKR Ranting Serkam Darat dan Ahli Jawatankuasa Cabang Jasin dihadiri Ketua Wanita PKR Pusat merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.

No comments: