Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 17, 2010

LEPAS AUSTRALIA ,KINI SENATOR AMERIKA DESAK GUGURKAN FITNAH TERHADAP DS ANWAR

Amerika pulak dah.. US Desak Najib Berlaku Adil Kepada Anwar
Apa ke barang DS Najib dan isteri dah pergi balik ke AS dan juga MB Perak tak sah Dr Zambry pun dah pergi buat lawatan.Tup-tup Anwar juga dipandang Amerika Syarikat.Pelik ! Kenapa Ahli Parlimen Australia yang rasa malu, tapi tak bagi Ahli Parlimen BN serta UMNO? Sekarang Senator Amerika Syarikat pun rasa malu dan jijik dengan kes mahkamah tersebut.

Ini adalah terjemahan kenyataan dari Senator John Kerry Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, United States.
Setelah 50 Ahli Parlimen Australia mengorak langkah mendesak agar fitnah dan tuduhan palsu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan kini Amerika pula menambah tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry menegaskan kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan prosiding undang-undang terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mencapai resolusi yang keputusan yang adil dan saksama.

"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.


Following are the statement released today by Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:

“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.

“It has been over a decade since Anwar’s first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar’s resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition.

I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen– and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.”

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Sekarang kita nak dengar apa pulak yang hendak dikatakan oleh naib pengerusi penyokong barisan nasional keatas teguran dan comment dari senator America John kerry.Mungkin kali dia sebut "kami bukan lagi budak suruhan America" atau mencari ayat yang sesuai untuk John kerry itu.Itu pun kalau ia berani.Lagi sekali saya tanya pada dia " ada berani ka".America dan Australia dua buah negara yang mempunyai badan hakiman yang efficient dan dipandang baik dan diterima oleh rakyatnya kerana wujudnya keadilan dan kecekapan tanpa dipengaruhi dan dibayangi oleh ahli-ahli politik dan agensi-agensi tertentu.Walaupun kedua-dua negara ini bukan sebuah negara Islam dan umat Islam sebagaimana malaysia ini tetapi prinsip keadilan untuk rakyat tetap dijaga dan memastikan badan kehakiman bebas dan berpendirian untuk membuat keputusan.Umpama penutupan penjara Guatemala adalah kesan daripada beberapa keputusan badan kehakiman disana.Malangnya diMalaysia yang dikata sebuah negara Islam dan ummat islam,badan kehakiman yang berurusan dengan perundangan dan peraturan negara semakin hari mendapat ulasan-ulasan ketidakpuasan dari sebahagian rakyat dan pimpinan parti politk serta tokoh-tokoh perundangan.Ini semuanya berkaitan dengan keadilan yang diberi,keputusan yang diambil dan penetapan dibuat.Terutama yang menyentuh bidang kuasa,pentafsiran undang-undang,penggunaan enekmen-enekmen dan penguatkuasaan.Perkara ini terjadi apabila semacam campurtangan wujud daripada pihak-pihak yang berkepentingan dan berkuasa dinegara ini.Suasana Pakatan rakyat vs barisan nasiaonal hal ini boleh berlaku.