Andaikan teman dalam kasut Hakim (perumpamaan) sudah pasti teman tarik diri-siang-siang.Sebab pemimpin yang zalim dan Hakim yang seleweng selangkah mudah ke neraka.Bukan macam orang biasa, ada tapis-tapis lagi.Peringatan untuk diri teman jika jadi Hakim.
Perbicaraan Ditangguh! Karpal Minta Hakim Dilucutkan!
Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi ditangguhkan ke jam 9.30 pagi esok.
Penangguhan ini bagi mendengar permohonan peguam utama, Karpal Singh yang memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu.
Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporannya tempoh hari yang menjadi pertikaian oleh pihak pembelaan.
Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertelagahan kedua-dua pihak.
Perbicaraan yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya bermula dengan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.
Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment