Assalamualaikum Kak Nora,
Saya sekarang menghadapi dilema. Saya ada dua orang sahabat karib, A dan B, dua-duanya lelaki. Isunya rumit, kak.
A ini macam ada hati dengan B. Dan A merupakan majikan kepada B. Tambah-tambah pula, A sebenarnya sudah berkahwin dan B sudah bertunang. Bulan lepas, B mendedahkan kepada saya yang A telah meliwatnya! B mendakwa A telah menjemputnya ke sebuah kondominium mewah dan meminta untuk meliwatnya dengan menggunakan kata lucah dalam bahasa Inggeris. B kata dia marah dan takut, tetapi terpaksa akur sebab A sudah mengamuk.
Sekarang B berkata dia mahu mendedahkan A kepada seluruh media massa dan mengheret A ke mahkamah. Dia bersumpah di atas Al Quran depan saya, kak.
Takut mati kebuluran
kerana spesis kaum
cinta sejenis
Saya sudah keliru. Saya memang tidak mahu campurtangan sebab saya rasa memang kedua-dua A dan B mengada sikit. Tapi hati kecil saya bertanya, kalau betul B diliwat secara paksa bagaimana? Bukankah ini satu dosa besar, kak? Dan bukankah saya bersubahat jika saya terlibat dalam apa cara sekalipun?
Dan kak, saya sekarang memang terfikir-fikir kalaulah A dan B ini daripada spesis kaum cinta sejenis. Sampai saya dah tak berselera nak makan. Tolonglah saya, kak. Saya tak mahu lama-lama sakit anorexia dan mati kebuluran.
Deq Non
Tivoli Villa, Damansara
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualaikum
Allah memberi satu pasang anggota yang lengkap umpamanya telinga,ada telinga kiri dan kanan,tangan ada tangan kanan dan kiri,kaki ada kaki kiri dan kanan.Jika kita mengguna anggota-anggota tadi hanya sebelah kiri dan menolak yang sebelah kanan tentu kita rasa tak seimbang dan mungkin kita dikotegorikan OKU(orangkurang upaya).Begitulah kes yang berlaku diantara A dan B tadi.Kedua belah pihak mesti kita dengar samaada dari A maupun dari B.Supaya seimbang dan keputusan keadilan dapat ditegakkan tanpa menganiayai kedua belah pihak.Itu pun bergantung sangat kehandalan kita membuat keputusan dan tidak dipengaruhi oleh hantu-syaitan,panggilan suara-suara ghaib dan gertak-gertak polong.Adalah mendatangkan dosa sekiranya kita mendengar dari sebelah pihak tanpa mendengari dari pihak yang lain.Memburukan keadaan lagi jika kita menghakimi kes ini macam hakim beruk
Post a Comment