Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 8, 2010

SOALAN PANAS KENAPA PENCURI PASIR SUSAH SANGAT NAK TANGKAP?

Soalan 1 : Senang atau tidak curi motor?
Saya pernah tulis satu artikel tentang kakitangan staf klinik idzham tempat saya bertugas dahulu yang dicuri motornya pada waktu pagi buta. Kelibat pencuri itu dirakam menggunakan CCTV klinik.
Kecurian itu berakhir tak sampai 5 minit oleh 2 orang lelaki.

Soalan 2 : Senang atau tidak merompak kedai emas?
Kalau difikarkan memang sedikit sukar daripada mencuri motor. Mungkin memerlukan beberapa orang perompak, menggunakan senjata dan mungkin ada orang dalam yang membantu. Perompak terpaksa memerhatikan penggera tidak berbunyi, jalan keluar yang mudah dan tempat sorok barang yang dirompak. Rompakan mungkin mengambil masa kurang dari setengah jam.

Soalan 3 : Senang atau tidak mencuri pasir?


Susah atau senang biar saya cerita.
Pencuri pasir kena bawa jentera besar, excavator yang macam ekor lipan tu. Tugas excavator ini untuk mengorek pasir dari dalam perut bumi. Kadangkala kita boleh jumpa pasir di atas permukaan tanah. Adakalanya, pasir akan dijumpai setelah permukaan tanah (top soil) dibuang. Maknanya pasir ada di dalam tanah.

Setelah dikorek, mereka akan buat stockpile pasir setinggi bukit untuk memudahkan kerja mereka.

Kemudian, untuk membawa pasir itu ke tempat lain, sebuah lagi excavator besar akan digunakan untuk mengalihkan stockpile pasir ke dalam lori.

Lori tu pula bukan kecil tuan-tuan, lori 10 tayar tipper dumper tu. Kalau langgar orang mati di situ juga.

Lori pula bukan satu, sebab satu lori cuma boleh tampung 20 tan pasir lebih sahaja. Jadi mungkin kalau tempat curian tu besar ada 10 lori tipper beratur menunggu untuk mengangkut pasir. Mungkin juga lebih.

Kemudian adakalanya traktor diperlukan untuk meratakan tanah pasir sekiranya perlu.

Ada juga modus operandi pencuri ini yang "mencuci" pasir. Ini kerana pasir cuci lebih mahal harganya berbanding pasir kotor yang tidak dicuci. Apa yang mereka buat ialah, mereka bawa pasir ini te tempat lain, biasanya di tepi sungai untuk mencuci pasir mereka kemudian barulah dijual dengan harga yang lebih mahal untuk mendapatkan lebih untung.

Soalan ke 3 ini biar saya yang jawab dengan soalan lain.

Bolehkah anda membawa 2 buah pengorek pasir besar (excavator), sebiji traktor dan 10 biji lori 20 tan di sebuah kawasan pasir yang bekerja mencuri pasir negeri 24 jam tanpa diketahui orang langsung?

Mungkinkah Exco kerajaan negeri, ADUN, Ketua Polis Negeri, Ketua polis balai, pegawai daerah, penolong pegawai daerah, pegawai tanah, penolong pegawai tanah, Ketua Pengarah JPJ, Penolong Ketua Pengarah JPJ, Ketua Peguatkuasa JPJ, ketua kampung, penghulu dan segala jenis pegawai kerajaan tidak tahu bahawa terdapat kecurian pasir di kawasan mereka?

Satu-satunya kerja mencuri yang dilakukan hampir 24 jam sehari yang polis takkan tangkap ialah mencuri pasir. Patutlah mereka bermaharajalela sekarang....

No comments: