Komen : Harus UMNO sebagai Parti terbesar dan berkuasa dalam Barisan Nasional menjaga dan memberi bantuan kepada bencana menimpa tempat ibadat agama lain di Malaysia, tetapi sebagai parti yang hampir 100% Islam janganlah merobohkan masjid atau surau , merampas masjid dan mengubah ajk masjid tanpa restu kariah.Bagaimana rakyat agama lain nak hormat pada Islam jika orang Islam tidak menghormati tempat ibadah(rumah Allah) sendiri.Lainkali UMNO hormati Masjid dengan cara jangan biarkan FRU menyembur mana-mana masjid dan perkarangan masjid seperti yang telah berlaku berkali-kali di masjid Negara ,Masjid Jamek dan banyak lagi.Ingatlah ada gereja semasa peperangan di Palestin dahulu menjadi tempat selamat dan mereka sanggup melindung orang Islam yang datang ke gereja tersebut.
Bakar gereja lahir hasil dari didikan UMNO
25 Muharram 1431
Sehingga hari ini sebanyak tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme , kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal SM Convent di Taiping, Perak. Saya telah mengeluarkan kenyataan mengenai serangan tersebut dan menganggap sebagai tindakan yang menganggu keharmonian antara kaum.
Memang tidak ada pihak yang tanpil untuk mengatakan dia bertanggung jawab dalan siri serangan gila itu. Serangan tersebut saya sifatkan sebagai menangguk di air keruh dan baling batu sebunyi tangan. malah serangan ini adalah dari kumpulan yang penakut dan bacul. Lebih jelas dan saya tegaskan mereka yang melakukan kerja yang tidak bertamaddun ini adalah mereka yang cetek didikan agama dan ini adalah lahir hasil dari UMNO yang mengabaikan agama setelah memerintah sejak 52 tahun yang lepas.
UMNO adalah juara kepada kehancuran Islam di Malaysia. Dia adalah penghianat kepada orang melayu dan agamanya sendiri. Walaupun kita tidak dapat nafikan rumah Ibadah Islam seperti mesjid dan Surau sentiasa bertambah dan lengkap dengan segala fasiliti namun pengisian kepada rumah Ibadah kepada program yang boleh mendekatkan umat Islam kepada Islam dan pemahaman Islam yang lebih syumul adalah jauh ketinggalan.
Usaha UMNO sekian lama dan terbaru di Perak ialah dengan menyusun AJK Mesjid dengan kalangan mereka yang tidak kenal Islam malah akhlaknya jauh sekalai menetapi kehendak Islam. Mereka yang cetek Ilmu Islam dan malah bencikan kuliah dan program yang boleh meningkatkan ilmu Islam adalah mereka yang dilantik sebagai AJK Mesjid di negeri yang dikuasai BN dan UMNO.
Sebab itu UMNO amat bimbang sekiranya rakyat Malaysia dipelbagai peringkat umur faham dan mengenali Islam dengan lebih syumul. Kalau diperingkat dewasa mesjid akan melarang ustaz yang bercakap Islam secara luas dan terperinci . Hanya Ustaz yang mengajar berulang kali mengenai solat, puasa, zakat , nikah khawin, haid dan nifaz, solat jenazah dan beberapa fardu kifayah lain dibenarkan. Lebih dari itu dikatakan ada kaitan dengan politik dan dihalang.
Sebab itulah diperingkat pendidikan formal UMNO sanggup membunuh Sekolah Agama Rakyat (SAR). Perkara yang malang yang belaku semasa Dr. Mahadhir menjadi PM Malaysia adalah tragedi yang sangat malang bagi institusi pendidikan yang telah melahirkan banyak mufti, ustaz, imam-imam dan mereka yang faham dengan Islam yang telah mampu membibing ummah sekian lama.
Namun disebabkan institusi ini tidak memberi kesan yang positif kepada sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN dia telah dibunuh dengan penarikan bantuan perkapita.
Bila rakyat pelbagai lapisan faham dengan islam saya yakin mereka akan meninggal UMNO dan mencari alternatif yang lain dan sudah tentu mereka akan memilih selain dari UMN0. Kerana itu UMNO amat bimbang dengan keadaan ini dan melakukan apa saja untuk menarik remaja Islam kepada perkara yang lebih libral dan menyeronokkan .
Program yang menyebabkan remaja tidak cintakan ke Mesjid di meriahkan sebaik mungkin. Hiburan diperbanyakkan malah ketahap yang saya anggap telah berjaya memesongkan akidah umat Islam bila artis dipuja sedemikan rupa.
Contohnya malam tadi dalam perjalanan balik dari Kuala kangsar saya singgah di Perhentian R&R Bukit Gantang saya dapati tempat duduk yang hampir penuh di gerai makan semuanya sedang menumpukan perhatian kepada siaran langsung pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) di Stadium Putra Bukit Jalil, Sebahagiannya remaja semacam kenyang tanpa makan dengan mata terbeliak melihat nyanyian demi nyanyian di TV.
Dalam hati kecil saya berkata ini lah hasil didikan UMNO setelah 52 tahun dan kesan itu juga ramai yang tidak faham islam sehingga sanggup menyerang rumah Ibasah agama lain.
Itulah UMNo, biarah anak bangasa tidak faham dengan iIlam, meeka semakin jauh dengan Islam malah kejadian murtad semakin menjadi-jadi. yang lebih penting mereka menyokong Bn dan UMNO.
Tidak hairan kalau ada rakyat Malaysia yang masih mengaku beragama Islam tetapi mereka sudah tidak kenal dengan apa itu Islam yang sebenarnya. Paling malang mereka mengenali Islam dan kebobokran akhlak pemimpin UMNO yang juga tidak mengenali Islam. Mereka menjadikan pemanis dibibir bila menyampaikan ucapan tanpa ada pelaksanaan.
Apa yang nyata setelah 52 tahun UMNO mendominasi kerajaan Malaysia perkara yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam semakin terhakis dan dipinggiran.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:30 AM
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment