Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 11, 2010

CARA BESARKAN MASJID DAN BIKI RUMAH ALA HUSIN LEMPOYANG

Sharif, Saiful dan Malik bersembang di serambi masjid menunggu maghrib masuk.

Sharif: Saiful, dah berapa duit kita dapat kumpul nak besarkan masjid ni?

Saiful: Setakat ini ada dalam RM60,000.

Malik: Ehh ... mana cukup tu. Kawasan dekat-dekat ini orang dah bertambah. Kita nak tambahan untuk 500 jemaah.

Saiful: Simen dan besi asyik naik harga. Ingat dalam RM100,000 cukup. Tambahan sikit ini sudah RM160,000.

Malik: Aku ingat, baik kita besar-besarkan betul sekali gus. Kalau tambah sikit sini dan sikit situ, buruk jadinya.

Sharif: Aku setuju, kita guna tambahan kawasan untuk sekolah dan jadikan pusat masyarakat. Biar ada tempat-tempat untuk budak-budak sekolah datang dan belajar. Budak2 yang duduk di flat tu rumah sempit-sempit. Ada tempat untuk mereka mentalaah.

Malik: Ide baik kamu. Budak-budak rajin penuhkan masjid. Lepas isya dah pasti masjid tak sunyi. Kita bantu budak-budak yang nak ambil periksa dengan sediakan guru tuisyen.

Saiful: Cadangan yang baik. Berapa pula nak pakai wang. Mahu sampai RM500,000.

Malik: Aku cadang mestilah aku dah fikirkan caranya. Tadi aku terfikir. Kita baling molotov cocktail ke bahagian masjid yang kita nak renovate. ... Nanti PM yang sumbang ...

Sharif: Isyhhh ... ente ni. Macam gitu pulaknya.

Saiful: Kalau gitu, besuk aku nak bomkan rumah aku. Dapat AJK masjid ni repair rumah.

No comments: