Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 11, 2010

BAGAIMANA NAK BANTU KAWAN KITA DARI 'BINATANG' YANG SENTIASA IKUT ?

Pagi Khamis 12 Nov, saya telah diarahkan pergi ke IPD Ampang untuk bertemu dengan seorang "SB" yang telah ditugaskan untuk memantau perjalanan kehidupan saya.Saya dipastikan berada dirumah sebelum jam 9 malam dan tidak boleh keluar dari kawasan Ampang Jaya.Jika hendak keluar malam atau keluar kawasan, saya terpaksa menulis surat pada Ketua Polis Selangor!!!

Jam 9.30 pagi, saya dan Laila sudah berada di kawasan IPD Ampang.Sementara saya bertemu SB tersebut, Laila menunggu di kereta. Pertemuan itu tidak lah begitu lama, dalam 15-20 minit tetapi Laila menalipon saya beberapa kali, mungkin untuk memastikan saya dalam keadaan yang baik-baik saja....

Sebaik saja selesai bertemu SB itu, saya turun dan mendapatkan Laila dikereta.Masam saja wajah beliau.Bila saya katakan "SB akan datang kerumah kita pada bila-bila masa saja untuk memastikan saya ada dirumah..." tiba-tiba saja muka Laila berubah menjadi merah padam.Saya tahu dia marah sangat pada SB tersebut."Dia cuma menjalankan tugasnya saja" kata saya lembut sambil menyentuh jari-jemari Laila. Terperanjat saya bila Laila menarik jarinya dari pegangan saya...Kami berdua terus mendiamkan diri.Laila hanya memandang kearah tingkap disebelah kirinya.Faham, amat faham bahawa Laila amat marah kerana saya seolah-olah "membela" SB tersebut.Saya faham dan amat mengerti kesusahan dan kesukaran hidup yang dirasai Laila selama 7 tahun saya ditahan di Kem Kamunting.Saya tahu, dia tidak akan memaafkan perbuatan buruk semua SB tersebut, sampai bila-bila.....

Dan seperti yang diduga, pada hari ini, SB menalipon saya beberapa kali untuk memastikan saya berada dikawasan Ampang.Dan malam tadi, sekitar jam 9.30 malam, SB tersebut telah datang ke pintu pagar rumah kami..."Binatang " itu dah memulakan tugasnya memantau dimana Abang berada..." kataku pada Laila....

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Anggap sajalah SB itu sebagai body guard dan membatasinya dengan undang-undang hakasasi kita didalam negara serta minta nasihat dari peguam jika terasa macam terhalang dan menggangu halehwal persendirian(private matter).Daftar diri dalam facebook untuk berkomukasi dan menggunakan internet untuk berjalan didunia maya.Hidup mesti berani dan sabar serta tawakkal pada Allah demi melalui saat-saat kehidupan dan berfikiran positif kearah kecermelangan.