
SEBUAH firma tempatan di Sabah, Lactovida (M) Sendirian Berhad yang dimiliki Multi Inrich Sdn.Bhd yang sebelum ini ditutup oleh Simebank Berhad telah memenangi Anugerah Emas Usahawan Industri Desa Malaysia 2009 pada 17 Disember 2009 di Hotel Vistana, Kuala Lump
“Inilah hakikat pahit yang saya terpaksa terima. Kilang saya di Kota Kinabalu ditutup Simebank Berhad ketika sedang produktif. Barang keluaran saya dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), tetapi menang anugerah?” ujar Karim yang kesal kerana bank dan KPDNK mempunyai niat jahat terhadap syarikatnya, namun enggan mengulas lanjut kerana perbicaraan kes samannya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 25 Januari 2010.
“Walaupun kilang kami ditutup pada 31 Jun 2009, tetapi syarikat kami menerima banyak anugerah penting terutama Best Halal Entrepreneur Of The Year; Malaysian Halal Excellence Awards 2009; International Islamic Tourism and Halal Week 2009 (IISTHAL) pada 9 Disember 2009 di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur,” ujar Karim yang terkilan kerana Kerajaan Malaysia mengiktiraf produknya, sebaliknya KPDNK dan Simebank memfitnah syarikatnya.
No comments:
Post a Comment