Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 21, 2010

MUJUR TEMAN WANITA JADI SAKSI MATI


Seorang lelaki warga Itali maut bila cuba menunjukkan kehebatan berjalan atas batu besar yang licin depan seorang teman wanitanya.Kematian beliau sangat ngeri bila kepala dan perutnya pecah apabila dia terjatuh di Air Terjun Telaga Tujuh, Pantai Kok di sini, petang kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Chiarani Andrea, 33, dan teman wanitanya, Boniolo Erika, 32, juga berasal dari Itali tiba di pulau ini Khamis lalu untuk bercuti dan menginap di sebuah hotel di Pantai Tengah serta dijangka pulang ke negara asal petang semalam.
Ketika kejadian jam 4.30 petang itu, Andrea yang teruja dengan keindahan dan kesejukan air terjun berkenaan dilihat berjalan di atas batu besar sebelum tergelincir dan jatuh pada ketinggian 65 meter. Difahamkan, kepala, perut dan tempurung lutut mangsa pecah manakala beberapa helai rambutnya melekat pada batu tempat kepalanya terhempas. Pegawai Penjaga Bomba Langkawi, Ishak Hashim, berkata sebelum kejadian mangsa bersama teman wanitanya pergi untuk menikmati keindahan alam dan bermandi-manda di kawasan perkelahan popular itu.
“Dia gagal mengawal imbangan badan selepas tergelincir ketika cuba menyeberangi di kawasan berbatu besar di tingkat paling atas yang licin dipercayai disaluti lumut.
“Mangsa terjatuh pada ketinggian 65 meter sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HL, di sini, semalam.

No comments: