Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.
Memang sukar dipercaya bila Pemuda UMNO bantah kenaikan harga gula 20 sen sahaja.
Percayalah wahai Pemuda UMNO, rakyat akan lebih percaya bila Pemuda UMNO boleh terus membuat bantahan jika harga minyak petrol naik,yuran sekolah naik,bila lesen judi bertambah,bila minuman keras bertambah permohonannya ,bila masjid atau surau dirampas pentadbiran atau diroboh sebab politik, bila projek bangunan atau jambatan runtuh selesai siap,bila kes murtad dipandang sepi,bila 7 eleven menjual minuman keras, bila rasuah berlaku dalam UMNO, bila ahli politik membina rumah dengan harga berjuta-juta tanpa penjelasan dan juga membantah bila royalti minyak tidak diberi pada yang hak serta keputusan mahkamah dan laporan siasatan tidak dipengap ,disimpan sampai bertahun-tahun tanpa diumumkan.
Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan.
“Pemuda UUMNO sedar kerajaan Malaysia sedang mendidik rakyat agar mengurangkan pengunaan gula, tetapi dengan cara menaikkan harga gula..sebenarnya kerajaan (kementerian) membebankan rakyat,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment