Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 3, 2010

KESEDARAN WARGA EMAS PERINGKAT MAKSIMUM TERHADAP PAKATAN RAKYAT

Syukur alhamdulillah atas usaha gigih Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat mula disedari dan dihayati rakyat Johor sehinggakan wargaemas yang dianggap sukar diubah telah berlaku sebaliknya.
Orang Tertua Di Malaysia Menyertai PKR berumur 101 tahun adalah tajuk yang mengejut dan memberansangkan R.PKR Johor dengan kerjasama erat Cabang Sekijang telah menerima keahlian ahli tertua iaPakatan Rakyat apatah lagi Barisan Nasional.Beliau bernama Chin Fong yang lahir pada 28hb. Disember 1909.


Beliau telah menyerah borang keahliannya pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke 101 tahun beberapa hari lepas.

PKR Sekijang bersama-sama keluarga Chin Fong meraikan sambutan tersebut.

Pengalaman sejak zaman dijajah British, Jepun dan awal Merdeka sehingga sekarang mendorong beliau menyertai Pakatan Rakyat terutama PKR.

Penyertaan beliau melambangkan negara perlu ditukar pemerintahan. UMNO-BN sudah tidak lagi relevan bagi semua dan negara.

No comments: