Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 3, 2010

AWAS PR ! BAPAK SEGALA PROGRAM DI BKT SENTOSA YANG TERKENAL DENGAN PROJEK TERBENGKALAI DAN 54 BLOK ATAP ROSAK SEJAK 10 TAHUN


UMNO Juara Rakyat & JOHAN segala acara adalah Program terbesar , Bapak segala Program dan Ibu segala program mengatasi semua program di bawah Perdana Menteri sebelum ini seperti Pak Lah, Tun M , Tun Hussin , Tun Razak dan sampai Tunku Abdul Rahman.Itulah yang teman difahamkan dalam penjelasan Ketua Penerangan UMNOMalaysia baru yang mempengerusi program PM turun ke Bukit Sentosa , Hulu Selangor , di negeri Selangor.
Bercakap di dewan komuniti dimana YDP Majlis yang pernah dianugerah penyapu cemerlang oleh Dr Khir Toyo juga gagah bersama Ahmad Maslan, beliau beria-ia mengumumkan betapa besar dan 'grand'nya Program yang beliau akan uruskan itu.

Untuk makluman Bukit Sentosa adalah pekan kecil yang dipanggil bandar yang dikelilingi oleh projek Sg. Buaya dari simpang Sg. Choh hingga ke Tol Bukit Beruntung yang ada Taman Bunga Raya (Projek EMKAY) , Bukit Beruntung 1,2,3,4,5,6,7 (Projek Talam) ,Projek Bukit Sentosa 1,2,3 yang menghasilkan 54 blok pangsapuri yang rosak terus tidak lama selepas siap sejak 1998 dan kini ditanggung oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui MB Selangor Tan Sri Khalid yang gigih membaiki dan mentadbirnya.Di bawah Pakatan Rakyat Bukit Sentosa telah pulih dengan baik walaupun tidak berapa ketara.

1 comment:

zul_neem said...

asslamualaikum

Penduduk-penduduk bukit sentosa2 dan kawasan penempatan disekelilingnya mungkin dapat menilai dan merasai keberkesanan pemerintahan kerajaan Pakatan rakyat yang baru berumur lebih kurang dua tahun diterajui oleh orang koporat dan professional iaitu Khalid Ibrahim.Dan kita faham kebanyakan penduduk-penduduk disitu membeli rumah dan bukan dapat percuma dari kerajaan BN khirtoyo serta banyak pula mengeluarkan perbelanjaan untuk membaiki rumah keatas kualiti yang rendah akibat karenah dari pemaju perumahan.Pemantauan dari kerajaan tempatan(majlis daerah-zaman BN) mengenai infrasturktur dan pengankutan awam ,bekalan letrik dan air seringkali membawa ketidakpuasan kepada penduduk-penduduk bukit sentosa dan kawasan sekitarnya dan ada masalah-masalah ini yang disiarkan dalam ahkbar-ahbar perdana dan media-media lektronik.Banyak perkara dan hal ini terjadi dan wujud diwaktu pemerintahan BN Khirtoyo.Walaupun lebih kurang 10 tahun pemerintahan beliau (Khir toyo)penduduk Bukit sentosa2 terpaksalah mengalami tekanan jiwa dan menangung beban kesusahan hasil yang terjadi akibat kekurangan kemudahan-kemudahan yang membantu perjalanan kehidupan penduduk disitu.Pealihan dan pengantian kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat membawa kepada perubahan secara beransur-ansur dimulai dengan melayani dan memberi fokus keatas permasalahan penduduk seperti yang terbaru pembaikian atap di54 block sebagaimana yang dijelas oleh penulis tadi dan memantau lebih dekat lagi keatas majlis daerah(kerajaan tempatan)supaya bertindak lebih aggresif keatas
aduan yang dibuatkepada nya.Adakah BN ingin menjadi Santa Claus kepercayaan orang Kristian menabur hadiah dan janji-janji manis kepada penduduk Bukitsentosa2 dan sekitarnya sekiranya berjaya didalam PRU 13 nanti.Saya menyerah kepada kebijakasanan dan prihatin kepada penduduk-penduduk disana dengan mengamati track rekod dan reputasi kepada kerajaan BN selama mereka pulun memerintah Negeri Selangor yang kita cintai.