Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 10, 2010

SEBUAH CATATAN CACAT JUARA YANG GAGAL DI BANDAR BUKIT SENTOSA


Bayangkan RM2.7 juta dibelanjakan untuk UMNO Juara rakyat? Siapa yang terus melarat?
RM2,700,000 dibelanjakan tak sampai 1 minggu ? Adkah Bandar Bukit Sentosa akan berubah wajah selepas 10 Januari 2010 ? Siapa yang untung ? Adalah segelintir gerai/restoran yang tak menang tangan melayan pelanggan.

PROGRAM SEMARAK ZAMAN TUN M LEBIH HEBAT , MERIAH DAN RAMAI DARI PROGRAM JUARA RAKYAT INI.Ini bermakna program Juara Rakyat gagal lagi kantoi seperti yang diharpkan.
Ahmad Maslan gah menwar-warkan Program Juara Rakyat adalah bapa segala program.Benarkah? Pada teman kalau belanja mengatasi program Tun M mungkin ada kebenarannya. Semalam ada laporan mengatakan 5 buah bas dihantar ke Bahagian Ampang hanya kembali ke Bandar Bukit Sentosa 2 buah sahaja.Kemungkinan tiada sambutan dan kurang semangat dan minat penyokong UMNO Ampang yang sanggup datang ke tempat jin bertendang ini yang tidak semaju Bandar di Ampang yang ada Ampang Poin dan Ampang Park.
Terdapat laporan 300 buah bas terlibat untuk tujuan membawa orang UMNO,penyokong UMNO , orang FELDA ,Orang Asli dan pelajar serta kanak-kanak sekolah bagi menjayakan capaian 20,000 orang.

Teman terharu rakan blogger Politikbanjar juga hadir, malangnya teman tiada selera nak melawat gerai-gerai di dalamnya.Kalau tahu nak juga teman ajak pena teh tarik dan rasa laksa buyung di Bukit Sentosa ini.

Yang teman tunggu-tunggu adalah janji manis PM iaitu Kerajaan 'bermurah hati' dan rasa tanggungjawab peruntukkan RM15,000,000 (RM15 juta) untuk membaiki 50 blok PangsaPuri yang mengalami bumbung rosak sejak 10 tahun yang lalu.Kerosakan ini adalah hasil buah tangan UMNO/BN juga dari otai UMNO Selangor iaitu Bekas MB Selangor 'Mat Tyson' dan MB selepasnya yang 2 X 5.

Hampir semua menteri hadir semalam bagi meramaikan suasana kununya akan mempastikan 20,000 pengunjung akan berjaya.

No comments: