
Kami dari PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru ditantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan.
Tugas yang digalas sdr Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parlimen. Insyaallah beliau akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin.
Tidak lupa penghargaan kepada Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun. Segala jasa dan bakti tidak akan kami lupakan.Diharap Dato' akan terus memberi sokongan dan dokongan kepada Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment