Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Rawang Selangor.
Teman sebelum ini pernah melihat fakta masjid dan surau di Hulu Selangor dipaparkan dalam akhbar Sinar dan didapati Masjid As-Salam Bukit Sentosa tidak dipaparkan.
Tidak munasabah Masjid yang menjadi simbol Islam rumah Allah yang satu-satu diiktiraf sebagai masjid di sekitar Bkt Sentosa/Bkt Beruntunh dan Taman Bunga Raya selain hanya surau-surau dinaiktaraf untuk solat masjid tidak dimasukkan dalam senarai tersebut.
Walaupunbegitu , teman masih bersangka baik dan memberi peluang pada Akhbar Sinar membetulkan selepas itu dengan sangkaan baik mungkin terlepas pandang atau terlupa.
Namun teman terperanjat dan kesal bila Akhbar Sinar hari Sabtu 9 Januari 2010 (Sempena lawatan PM ke Bukit Sentosa)buat-buat terlupa atau sengaja tidak menyenaraikan Masjid As-Salam dalam Senarai Surau & Masjid di Hulu Selangor.Sila rujuk Akhbar Sinar muka surat S24 dan anda kan lihat surau yang baru tak samai sebulan dinaiktaraf untuk solat Jumaat yang dipaparkan sebagai info tersebut.
Kenapa Masjid As-Salam Bukit Sentosa tidak dipaparkan?Sebaiknya para wartawan tanya wartawan Sinar yang bertgas di situ.Surau AL-Bayan dipaparkan sebagai Masjid Al-Bayan yang baru lagi dapat kebenaran JAIS atas permintaan orang Politik UMNO mungkin sempena lawatan Najib.Padahal surau Al-Mutaqin yang lama memohon untuk solat Jumaat di Bukit Sentosa 2 tidak dapat kelulusan.Suaru di sekitar Bukit Sentosa 2 adalh lebih diutamakan kerana ramai pelajar sekolah rendah dan menengah terlalu jauh untuk ke Masjid As-salam untuk solat Jumaat apatah lagi ke Surau Al-Bayan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment