Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 10, 2010

PENDUDUK WIRA JAYA TERUS DILUPAKAN JUARA RAKYAT ?



BEKAS TENTERA RAYU TIDAK DIPINDAHKAN DARI KAMPUNG WIRA JAYA
Penduduk Kampung Wira Jaya, Gombak dekat sini yang majoritinya terdiri daripada bekas anggota tentera merayu kerajaan prihatin dengan nasib mereka yang diarah berpindah dari kampung tersebut.

Penduduk diarahkan berpindah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak April lalu bagi memberi laluan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wira Jaya, Sharif Bahaman, 73, berkata, DBKL telah mengeluarkan notis agar mereka berpindah dari kawasan itu ke PPR Ayer Panas dan diberi pampasan RM1,000.

“Notis itu menyatakan kami perlu berpindah dari sini dalam tempoh dua minggu, ia sesuatu yang tidak munasabah dan jika kami enggan berpindah, DBKL akan robohkan rumah dan kami dikehendaki menanggung kos tersebut.

“Atas alasan itu, 40 keluarga yang tinggal di sini sepakat membawa kes ini ke mahkamah dan kes itu akan dibicarakan semula pada 13 Januari ini,” katanya.

Muhammad bertemu penduduk setempat bagi membincangkan masalah yang dihadapi sejak 35 tahun lalu. Sejak mula diteroka, kampung tersebut telah dihuni tiga generasi keluarga bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat sejak zaman penjajahan lagi.

Seorang lagi penduduk yang juga bekas anggota tentera, Aris Talib, 58, berkata, walaupun ia kawasan setinggan, namun ia tersusun berbanding setinggan di tempat lain.

“Ketika pembukaan awal kampung ini dahulu, ia dilakukan secara tersusun demi keselesaan penduduk walaupun dalam keluasan 50 x 60 meter persegi untuk setiap rumah.

“Hanya terdapat 100 rumah dalam kawasan seluas dua hektar ini. Kalau sebelum ini penduduk Kampung Desa Pahlawan yang jauh lebih luas dari kawasan ini dapat hak milik, mengapa tidak bagi tanah sekangkang kera ini,” luahnya.

Tambahnya Aris, kini hanya terdapat lebih 30 keluarga bekas tentera yang menghuni kampung itu.

No comments: