Kalimah Allah - Nazri Bidas Mahathir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, (gambar) menafikan dakwaan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaanlah yang membawa isu penggunaan kalimah Allah untuk diselesaikan di mahkamah.
Beliau berkata, Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam yang membawa isu tersebut ke mahkamah dan kerajaan tiada cara lain melainkan menyelesaikannya melalui jalan itu.
“Sebenarnya apa yang Mahathir kata tidak betul sebab yang membawanya adalah Pakiam,” katanya pada sidang media sempena program kempen kesihatan, bertempat di Dewan Kampung Buaia, di sini.
Menurutnya, tindakan kerajaan adalah betul dalam soal tersebut dan tidak mahu isu itu diperkotak-katikkan sesetengah pihak.
Katanya, seperti juga tindakan pijak kepala lembu, walaupun tidak ada dalam perlembagaan mengatakan bahawa pijak kepala lembu adalah salah tetapi kita cuba menyelesaikannya dengan cara baik.
“Ini kerana kita menjaga sensiviti agama dan menghormati agama kaum lain, maka sebab itu kerajaan ambil tindakan, kita halang isu pijak kepala lembu, jadi kenapa kita tidak boleh jaga perasaan orang Islam dalam menangani masalah ini.”
“Sebaran agama Kristian di Malaysia juga tidak pernah menggunakan bahasa Arab, jadi memang tidak sewajarnya mereka menggunakan kalimah Allah untuk agama katolik itu,” katanya.
Nazri berkata, “kerajaan menganggap keputusan mahkamah itu satu kesilapan. Walau apa pun, menteri mempunyai kuasa untuk menjaga keamanan dan kesucian agama Islam.”
“Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja, kita juga sedia maklum penyebaran agama Kristian tidak pernah menggunakan bahasa Arab. Jadi mengapa mereka tidak terjemahkan “God” kepada Tuhan, sebaliknya mahu menggunakan perkataan “Allah?” soal beliau.
Beliau turut menasihati orang-orang Islam supaya tidak menggunakan kekerasan dalam menangani isu ini.
“Saya merayu, kekerasan bukanlah pilihan, kita tahu kita berada di landasan betul, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Saya mahu lihat undang-undang mesti ditegakkan dan akan pastikan ia memihak kepada agama Islam,” tegasnya lagi.
Komen : Wahai Tan Sri, memanglah bagus kau serahkan pada mahkamah tentukan tapi kes apa .Ini kes nama Allah, siapa hakim yang mengadili, siapa peguam yang ada dan siapa saksi atau penuntun dalam mahkamah?Ini 2 X 5 kes 14 disember la.Mujur kes 14 Disember BN ada talian hayat undi BN 63 - PR 60 .
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
nazri kata menteri mempunyai kuasa untuk menjaga keamanan dan kesucian agama Islam. Aku nak tanya sikit je... menteri mana dan sejak bila mereka nak jaga keamanan dan kesucian agama Islam? tidakkah sebelum ini mereka pernah mempersenda hukum hakam allah, menghina nabi Muhammad, melabelkan dengan pelbagai label terhadap Islam, mencipta islam baru, dan pelbagai lagi... aku sangat heran, bila terjadi kes-kes seumpama ini, merekalah kononnya terkedepan untuk menjadi juara. astaghfirullahal'azim...
nazri ke mahathir ke atau mana-mana menteri kat dalam umno tu sama saja. mengata dulang paku serpih.....
wallahua'lam.
Post a Comment