Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 28, 2010

RANGKUMAN 3 KES KEPALA PASTINYA MANUSIA YANG GILA !

Betoi gak kata Sdr Herman, yang buat kerja pijak kepala lembu, letak kepala babi di masjid,potong kepala keluarga sendiri,baling bom petrol ke Gereja, balin objek ke masjid dan surau adalah kerja seorang atau lebih orang yang gila tapi mungin gila wang, gila kuasa,gila ambil upah ,gila beri upah dan juga mungkin dendam dan lain lagi wallahhualam .
Tahun lepas kecoh pasal kes pijak Kepala lembu oleh pemuda-pemuda Umno yang mendalangi demontrasi penduduk Seksyen 23 Shah Alam dalam isu membantah pemindahan kuil. Kes ini hampir-hampir mencetuskan perbalahan antara umat Islam dan Hindu kerana jelas perbuatan itu umpama menghina kepercayaan kaum India. Akhirnya dengan tekanan rakyat Polis mendakwa mereka yang terlibat di Mahkamah.
Kemudian kecoh pula kes kepala bapa saudara Isteri Perdana Menteri yang dipenggal anaknya di Gemenceh dan kemudiannya ditanam di Shah Alam. Kes pembunuhan yang mengerikan itu mengemparkan negara kerana dilakukan oleh ahli keluarga mereka sendiri. Kes itu sedang dibicarakan juga.
Kini kecoh lagi, tapi mengunakan kepala babi dan dilontar ke perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa . Ini jelas satu provokasi untuk mencabar umat Islam yang mana sebelum ini beberapa Gereja diserang dan dibakar ekoran keputan Mahkamah berhubung isu Majalah Herald.
Berikutan kes kepala lembu dan babi ini, saya menasihatkan agar peniaga-peniaga lembu dan babi diseluruh negara agar tidak menjual kepala haiwan itu kepada orang-orang yang mencurigakan.
Kalau nak jual juga, pastikan kepala itu sudah dilapah dan dipotong-potong.
Insiden mengunakan kepala babi sebagai alat ancaman telah banyak dilaporkan. Bermula dari tragedi kepala babi dibaling dan digantung pagar rumah di Melaka, kemudian insiden meletakan kepala babi dan bendera PAS di surau sebuah Universiti dan sekarang di Klang Lama pula.
Adalah satu kebiadapan bila mengunakan kepala haiwan untuk tujuan sedemikian rupa. Jelas mereka yang melakukannya adalah manusia yang gila…Begitu juga dengan aksi penggal kepala, itu semua memang gila punya kerja….

No comments: