Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 28, 2010

BAPA MURID SEDAR , KEMENTERIAN PELAJARAN MENGELEPAR

Kementerian Pelajaran Makan duit yuran MSSM ? Betullah seperti artikal dari AlHussein berkenaan yuran MSSM.Teman dah banyak kali nak tanya ,tapi oleh sebab sibuk dan sampai Mesyuarat PIBG pun tak pergi maka pertanyaan itu tersimpan lagi.Teman lihat yuran MSSM dibayar tapi bukan semua murid yang masuk sukan MSSM tersebut.Sekolah atau Kementerian tak malu ke potong yuran tanpa ada kriteria status potong tersebut?

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang juga timbalan perdana menteri diminta supaya memberi penjelasan berhubung kewajaran Kementerian Pelajaran memotong bajet untuk program Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kepada RM1.5 juta berbanding RM6 juta tahun lalu.
Pelajar sekolah diwajibkan membayar yuran sebanyak RM4 setahun bagi MSSM. Empat juta murid didharab RM4 =RM16 juta.Banyak tuh!
Kementerian perlu jelaskan kerana wang sebanyak itu adalah hasil dari kutipan murid-murid dan adalah menjadi hak kepada mereka.Duit tersebut bukan dari bajet Kementerian Pelajaran. Tiada ada alasan bagi kementerian menggunakan wang tersebut untuk perkara lain kerana wang tersebut dikutip daripada murid-murid bagi tujuan menjayakan program MSSM.
Laporan pada 13 Januari lalu, antara lain menyebut, sebelas jenis sukan - termasuk bowling, memanah, ping-pong dan kapal layar - digugurkan daripada 24 jenis sukan untuk kejohanan MSSM peringkat kebangsaan tahun ini kerana "kekurangan bajet."Acara sukan itu tidak sepatutnya digugurkan kerana ada di antaranya termasuk dalam program 'Road to London 2012'
Berita terbaru dilaporkan,bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk memberikan kepada Kementerian Pelajaran bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula.

BN/UMNO cuba nak jadi hero atau Juara Rakyat cara tektik kotor.Macam citer filem di mana nak jual ubat gatal maka diupah orang baling buah gatal ke pada selompok orang ramai.Ubatnya ialah air longkang.Maka BN juga begitu, bila bajet yang diluluskan tahun lepas telah dikurangkan, tiba-tiba semalam bila orang ramai mempertikaikan bajet sebegitu maka PM pun umumkan bajet tambahan dan rakyat diseru memuji Kerajaan Bn kerana dapat menambah bajet untuk pendidikan,

No comments: