Demo bantah guna 'Allah' di Masjid Negara anjuran Perkasa dan Pekida@UMNO.......
Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.
Herald allah verdict protest masjid negara 080110 protesters 02Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).
Demonstrasi membantah isu yang sama turut diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.
Beruntung pendemonstrasi dapat buat demo di merata tempat tanpa diganggu askar merah atau tentera merah atau FRU. Kalau tanpa restu pemimpin UMNO manakan pendemo diberi laluan FRU dengan mudah tanpa memuntahkan air asid dan asap pemedih mata.
Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.
Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.
Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment