Kebanyakan pemimpin Pakatan rakyat terus mengecam pembakar gereja pagi tadisebaik menerima berita tersebut.Teman juga mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar lembah klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan tidak menurut al Quran. Agama Islam jelas sentiasa mengajar umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain apatah lagi rumah Allah (Masjid).
Siapa yang mengajar FRU menyerang masjid atau rumah Allah ? Berapa kali masjid Negara di serang tanpa perasaan malu oleh Pemimpin UMNO yang beragama Islam.Mereka mudah mengarah FRU menyiram pendemo yang berada di luar masjid dan di dalam masjid.
Ini perangai apa?
Sehingga kini dilaporkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Rakyat perihatin harus ambil tindakan kerjasama mengambil gambar manusia pembakar gereja tersebut tanpa mengira pangkat atau bangsa.Kalau boleh tangkap dan dedahkan identiti mereka.Harapan teman keadilan akan dilakukan jangan seperti kes pijak kepala lembu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment