KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.
KOmen : Kenapa bodoh sangat orang-orang UMNO Islam yang bersemangat sambal belacan.Buat tindakan tanpa ilmu Islam yang betul.Semangat berkobar-kobar hanya kerana perkataan "AllAH".Mulut tempayan boleh ditutup tapi nmulut manusia bolehkan ditutup? Bukankah perkataan Allah dari perkataan Arab? Cuma kita harus perkuatkan perlembagaan yang berkait dengan Agama Islam seperti murtad dan penyataan Agama dalam Kad Pengenalan.Dengan cara ini Islam terus dihormati.Kenapa
Kerajaan UMNO/BN tidal mempertahankan perkataan Islam di kad pengenalan? Kenapa tidak berdemo di genting highland supaya tempat perjudian terbesar di Asia di tutup?
Kenapa UMNO mengelabah walhal mereka yang berkuasa dan yang memerintah.Peguam negara biasanya akan mengawal semua pertuduhan.Kenapa tidak ditahan sebelum berlaku.Kenapa dibiarkan hakim bukan Islam mengadili perkataan "ALLH"?Siapa yang mulakan semua ini.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.
Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.
Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.
“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment