Di bawah ini adalah laporan dalam Agendadily yang nampak terlalu bodek atau berat sebelah kerana tiada rentetan peristiwa ditulis.Selalunya ada juga Agendadaily tulis.Apa tugas Peguam Negara semasa kes itu di bawa ke Mahkamah? Malah ramai blogger BPN persoalkan dimana peguam Islam dan Hakim Islam semasa kes itu dibawa dan didakwa dan dibicarakan?Kenapa Hakim bukan Islam dibiarkan mengadili kes berkaitan perkara sensitif begini? Dah tahu dari pangkal hingga hujung barulah nak ajak berdemo.Itupun pada hemat teman ,UMNO tidak perlu berdemo kerana mereka UMNO adalah parti terbesar dalam Kerajaan BN di Malaysia.Mereka bukan 'beruk'(meminjam tuduhan KJ pada pendemo sedikit masa dulu) macam pendemo dari Pakatan Rakyat yang tiada kuasa majoriti di Parlimen.BN ada Tan Sri Aziz yang berkuasa menjada hal ehwal kehakiman dan ahli parlimen.Kesimpulannya sebab setitik nila yang silap dilakukan kenapa kami Pakatan Rakyat harus dipalitkan.
Isu kalimah Allah: PKR dan PAS terbelit ...
Oleh: ROSLAN BIAN
Kontroversi isu keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald terus menjadi isu yang diperbualkan di sana sini lebih-lebih lagi dengan jangkaan adamya perhimpunan di pekarangan beberapa masjid selepas solat Jumaat anjuran banyak NGO Melayu dan Islam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sudah memberi amaran keras supaya orang ramai tidak terbabit namun demonstrasi bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember itu dikatakan sukar dihalang.
Tambahan pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak dapat menghalang sekiranya ada mana-mana pihak ingin mengadakan tunjuk perasaan atau demonstasi di sekitar kawasan masjid selepas sembahyang Jumaat, esok.
Beliau bercakap dalam kontek berdemo dalam pekarangan masjid.
Namun kenyataannya ‘ tidak dapat menghalang’ itu diberi tumpuan oleh sesetengah laman web dan blog untuk mengambarkan kerajaan double standard dalam soal menangani demonstrasi.
Sedangkan beliau secara terang berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sekiranya berlaku ia dibuat secara minimum tanpa mengundang perkara negatif sehingga merebak dan tidak terkawal.
``Apa pun langkah pencegahan yang perlu dibuat, kita akan buat, itu terpulang kepada pihak berkuasa hendak buat apa, bukan saya yang kena beritahu apa yang patut dibuat...,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, di sini, pagi Khamis.
Najib dalam pada itu tetap mahu semua pihak menyerahkan kepada mahkamah bagi menyelesaikan isu berhubung penggunaan kalimah Allah.
"Kita perlu mengambil sikap bahawa perkara ini perlu diselesaikan melalui mahkamah secara baik..kita sepatutnya tidak menaikkan tahap ketegangan di negara ini,” tegasnya.
Namun disebalik sikap terbuka Perdana Menteri mengenai demonstrasi esok, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap selari dengan berpendirian parti itu yang melihat keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka.
Beliau meminta ahli serta penyokong PKR tidak menyertai demonstrasi raksasa esok yang dijangka diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara.
"Saya memang tidak menggalakkan mereka (berdemo) kerana pada pandangan saya anda mesti berbincang tentang perkara ini kerana ia isu yang sangat serius dan jadi pertikaian antara orang Islam dan Kristian," katanya.
Pelik juga apabila Anwar melarang pengikut-pengikutnya yang menentang keputusan itu mahu bersama-sama umat Islam lain menegakkan perkara hak.
Sedangkan demonstrasi mahupun demo jalanan sudah jadi ‘trade mark’ perjuangan PKR.
Apapun dalam PAS wujud pendirian yang tidak sefahaman dalam isu ini.Contohnya pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang bertentangan dengan pendirian rasmi PAS Pusat.
PKR juga begitu jika diambil kira pendirian ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin yang secara terbuka menentang keputusan mahkamah itu.
Namun PAS secara tiba-tiba menyalahkan UMNO dengan menuduh UMNO mahu jadi Juara Rakyat mempertahankan kalimah Allah.
Padahal sebaliknya, PAS mungkin sudah mula terasa pandangan rakyat terhadap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam hampir luput dengan keputusan mesyuarat Lujnah Politik PAS yang tidak menyatakan pendirian tegas berhubung isu itu sama ada menyokong mahupun menentang.
Barangkali ketakutan PAS bahawa sokongan terhadap parti itu mulai merosot turut dirasai Anwar dengan melarang pengikutnya berdemo esok.
Disebalik sikap pelik PAS dan PKR ini, satu tafsiran yang boleh disimpulkan adalah rakyat sudah mula memberi kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Najib menangani isu ini di mahkamah.
Malah ramai di kalangan ahli bawahan kedua parti yang dikatakan kecewa dengan sikap pimpinan mereka.
Namun seperti biasa perasaan itu tidak diluahkan secara terbuka.
Pemimpin UMNO yang dulu dianggap jahil oleh PAS kini di barisan depan menentang keputusan mahkamah itu bersama NGO lain termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Selain itu, keyakinan Majlis Peguam bahawa isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, akan dapat diselesaikan oleh kerajaan juga satu tamparan hebat buat pembangkang.
Maklumlah sebelum ini, Majlis Peguam dilihat lebih dekat dengan pakatan pembangkang malah sering mengkritik keputusan kerajaan terutama berkaitan undang-undang.
Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan yakin penyelesaian itu berhasil selepas bertemu Najib kira-kira setengah jam, Khamis.
Antara wakil Majlis Peguam yang lain hadir ketika pertemuan itu, ialah Naib Presidennya Lim Chee Wee dan Setiausahanya George Varughese.
Ramai kalangan pemerhati politik yang menilai kontroversi ini memberi kesan poistif pada kerajaan pimpinan Najib.
PKR dan PAS pula dikatakan terbelit dengan pendirian masing-masing dalam isu kalimah ‘Allah” kerana hendak mengambarkan imej sedarhana.
Ini dibaca oleh kalangan ramai orang lebih kepada motif politik kerana hendak menjaga hati pengundi bukan Islam. -7/1/2010
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment