
Bermula 1 Januari tahun 2010 yang lalu dengan resminya Kerajaan negeri Selangor melancarkan kempen "HARI TANPA BEG PLASTIK" tersebut dan hari Sabtu dipilih sebagai hari pengharaman beg plastik.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kempen itu akan berterusan selama enam bulan pertama bagi mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligu mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.
“Kerajaan negeri mengambil langkah untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan seperti beg plastik,” katanya.
Kempen anjuran kerajaan negeri ini turut mendapat sokongan positif daripada peruncit-peruncit utama di Selangor termasuk pusat membeli-belah, hypermarket, supermarket, kedai runcit dan farmasi.
Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri akan menilai keberkesannya dan tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan samada perlu menambah hari kempen tersebut.
1 comment:
ok la sabtu ja, kat pennag ni 3 hari, isnin selaa rabu.. kalo nk pi shopping kena bawa plastik sendiri.. menyusahkan pengguna lagi ada.. kalo nak sayang alam, kena la buat mcm US, pakai beg kertas.. ni ntah apa2 punya idea tanpa alternatif
Post a Comment