Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 9, 2010

UMNO DIHARAP AMBIL IKTIBAR DAN JANGAN TERBAKAR BILA PERTEMUAN INI BERLAKU

Bertuahlah rakyat Kelantan jik Tengku Razaleigh berjaya

Ceramah Royalti Petroleum Ku Li Pada 28 Januari 2010
Satu delegasi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) telah mengadakan satu pertemuan dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan merupakan pengasas Petronas di Kelab Golf Diraja Selangor.
Delegasi itu diketuai oleh Setiausaha GEGAR dan disertai oleh 3 orang AJK Pusat GEGAR yang lain. Pertemuan selama 3 jam itu bagi membicangkan tentang Akta Kemajuan Petronas 1974, Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan Petronas, Persempadanan laut, JDA, CAA dll.
Pada pertemuan tersebut YBM Tengku bersetuju untuk hadir ke program (comfirm) Ceramah Royalti Petroleum yang akan diadakan pada 28 Januari 2010 (Khamis) bertempat di Dewan Besar, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu bermula jam 7 malam dimulakan dengan program solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan sendiri oleh YBM Tengku.
Semua rakyat Kelantan adalah dijemput hadir beramai-ramai, tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.
Terima kasih kepada YBM kerana sudi menerima kunjungan daripada wakil GEGAR ke rumah beliau dan sudi meluangkan masa bagi membincangkan hal0-hal berkaitan

No comments: