Teman diberitahu Hak Royalti Minyak Petrolium yang dibangkitkan oleh rakyat sedar Kelantan akan diambil oleh Kerajaan BN dan diberi semula ke kerajaaan Kelantan dengan nilai RM20 juta dalam bentuk wang ehsan .Kalau anda jadi MB Kelantan sanggupkah anda terima RM20,000,000 jika hak anda adalah sebanyak RM1,000,000,0000 ada dikatakan .
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan sesetengah menteri Pusat yang menganggap Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan mengurus wang royalti minyak.
Menurutnya, beliau lebih tahu keupayaan pentadbiran negeri yang bersih dari gejala rasuah dan mampu menguruskan wang hasil minyak negeri lebih baik berbanding dengan apa yang dilakukan Barisan Nasional (BN).
“Kami lebih pandai, jauh lebih pandai (dari BN). Kami tak ada rasuah, stadium dan masjid tidak pernah runtuh, yang menyebabkan runtuh itu kerana tidak pandai,” katanya hadir melawat ke Kolej Yayasan Islam Kelantan di sini, semalam.
Beliau mengulas KETOLOLAN kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek (yang dilahirkan di Kelantan) yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak memberi wang royalti disebabkan bimbang cara pengurusan Kerajaan Pas Kelantan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Dimaklumkan standard atau piawaian yang digunakan oleh Bn(Umno)untuk mentadbir dan mengurus negara tak sama dengan apa yang diguna pakai oleh kerajaan negeri kelantan ini lah mendatangkan kebimbangan dari timbalan menteri kewangan sekiranya wang royalti berada ditangan kerajaan negeri kelantan.Ketelusan,kecekapan,prihatin dan ketaqwaan kepada allah mendasari corak pentadbiran dan pengurusan membuat negeri Kelantan boleh maju kedepan mengatasi negeri-negeri lain di Malaysia dan sebahagian besar hutang negeri dengan kerajan pusat dapat dilangsai dengan segera.Sekiranya wang royalti itu dapat diperolehi oleh mereka(rakyat kelantan).Putar belit campur dengan irihati dan melanun hak rakyat negeri kelantan oleh kerajaan pusat telah membuah wang ehsan untuk diberi kepada kelantan.Itu pun dibawah JPP yang ada link terus dengan kerajaan pusat dan senang mewujudkan bargaining power untuk melemahkan kerajaan Kelantan yang ditunjangi oleh Pas.
Post a Comment