Teman rasa teman pun boleh buat berita surat kabar dan jual surat kabar atau buat berita tanpa editor yang waras dalam memaparkan berita di medialetronik.Sepatutnya wartawan TV3 & TV9 serta editor yang menapis dan melepaskan skrip berita lebih beretika,lebih profesional dan lebih bertanggungjawab berbanding blogger-blogger bebas macam teman.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin memberi tempoh 24 jam kepada TV3 dan TV9 untuk memohon maaf dan menarik balik penyataan mereka tentang penahana Pegawai Khas beliau. Tindakan Undang-undang akan diambil jika TV3 dan TV9 gagal berbuat demikian. "Saya minta mereka dedahkan siapa orang yang ditahan itu. Jika mereka tidak dapat berbuat demikian saya akan anggap itu adalah fitnah kepada saya dan Pakatan Rakyat (PR) dan saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka," tegas NizarBeliau dalam pada itu menafikan sekeras-kerasnya kenyataan TV3 dan TV9 yang mendakwa Pegawai Khas Nizar telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita tidak mengenali orang yang disebutkan itu dan kita menafikan sekeras-kerasnya kenyataan stesen berkenaan," jelas beliau. Terdahulu, TV3 dan TV9 telah mengeluarkan kenyataannya semalam yang mendakwa Pegawai Khas kepada Nizar telah ditahan oleh SPRM. KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin memberi tempoh 24 jam kepada TV3 dan TV9 untuk memohon maaf dan menarik balik laporan mereka berhubung berita penahanan Pegawai Khas beliau.
Tindakan Undang-undang akan diambil jika TV3 dan TV9 gagal berbuat demikian.
"Saya minta mereka dedahkan siapa orang yang ditahan itu. Jika mereka tidak dapat berbuat demikian saya akan anggap itu adalah fitnah kepada saya dan Pakatan Rakyat (PR) dan saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka," tegas Nizar.
Beliau dalam pada itu menafikan sekeras-kerasnya kenyataan TV3 dan TV9 yang mendakwa Pegawai Khas beliau telah ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita tidak mengenali orang yang disebutkan itu dan kita menafikan sekeras-kerasnya kenyataan stesen berkenaan," jelas beliau.
Semalam, TV3 dan TV9 telah melaporkan bahawa Pegawai Khas kepada Nizar telah ditahan SPRM.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
1 comment:
Assalamualaikum
Wartawan dan dunia kewartawanan sering beriringan antara satu sama lain umpama irama dan lagu.Pelbagai saluran dan kaedah pendekatan digunakan untuk diwar-warkan berita kepada penerima,pembaca dan pendengar oleh mereka(wartawan)demi maklumat dan pengisian berita yang terjadi mengikut masa dan lokasi.TV3 dan TV9 antara rangkaian saluran media yang porpular dan sensasi diMalaysia dan mempunyai peminat yang ramai.Tetapi tidak dapat mengrealiti secara total inspirasi ketulenan berita dan meningkat ketahap aspirasi rakyat yang inginkan kesahihkan berita tanpa kesilapan,penipuan dan peniruan.Kewujudan tangan-tangan belakang dan tekanan membuatkan mereka(TV3 &TV9)hilang kehebatan penyiaran sekaligus menjadi bahan cemuhan dan kritikan dari pihak berkepentingan didalam sosial kemasyarakatan terutama umumnya pihak yang dikenali sumber pemberitaan.Inilah yang terjadi kepada MB Perak Datuk Seri IrNizar.Takpa sabarlah dengan diiringi tindakan undang-undang sebagaimana yang difikirkan.
Post a Comment