Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 27, 2010

KEPALA SURAT BAGAI KEPALA DUIT !


(Kepala Surat Umno) Bajet Pilihanraya MPP di Kampus 2010

Semua sedang mengetahui sekarang ini negara dilanda pilihanraya kampus bagi pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar untuk tahun 2010. Pilihanraya kampus 2010 kali ini tidak kurang hebatnya. Ada yang menang, ada pihak yang kalah. Dan ada juga kejutan bagi keputusan pilihanraya di beberapa kampus. Seperti biasa calon-calon daripada pro-Aspirasi akan mendapat tentangan daripada calon-calon pro-Mahasiswa. Tidak mengapa, kita tinggalkan sebentar “pertarungan atas gelanggang” antara Pro-Aspirasi VS Pro-Mahasiswa. Mari kita lihat dan perhatikan surat yang di bawah ini :
Difahamkan surat daripada Badan Perhubungan UMNO Johor kepada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin telah pun tersebar luas di universiti. Bagaimana anda sebagai rakyat yang membaca butiran di atas?

No comments: