Teman yakin Sdr Azan akan terus bersama Pakatan Rakyat tak kiraa samada beliau tetap di PKR dalam PAS atau DAP.Yang penting sebarang perbezaan pendapat harus dihadapi dan ditangani dengan semangat setiakawan dalam pakatan dan bermesyuarah tanpa termakan janji UMNO atau ugutan UBN.Pastikan noktah untuk masuk UMNO.Tiada konsep merajuk atau kecil hati dalam perjuangan Pakatan rakyat kerana anda dipilih oleh rakyat dan harus dan wajar tunaikan janji
"Atas dasar persahabatan, saya harap Azan dapat kembali semula ke pangkuan UMNO kerana beliau dilahirkan menerusi 'kilang' UMNO".
Demikian nasihat Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Syed Anuar Syed Mohamad kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga sahabat baiknya.
Menurut Syed Anuar, Azan yang baru melepaskan jawatan selaku Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semalam merupakan pendokong kuat UMNO suatu ketika dulu.
Katanya, Azan sendiri banyak menyumbang khidmat bakti kepada bidang pendidikan sewaktu bersama-sama dalam kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebelum ini.
Azan pernah memikul tanggungjawab sebagai Bendahari Agung GPMS dari 1997 hingga 2006 ketika badan ini dipimpin Datuk Suhaimi Ibrahim.
"Dalam tempoh itu beliau telah banyak menyumbang bakti dalam menggerakkan GPMS,".
Beliau mengulas isu peletakan jawatan Azan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian parti itu berkuat kuasa semalam kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri berkenaan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment