Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 26, 2009

UMNO DAH BIASA GUNA KMK (KAWAN MAKAN KAWAN) MACAM MANA NAK DAPAT KAWAN !

Umno sangat marah bila Pas boleh dan mampu berkawan dengan DAP. Kalau berkawan dengan PKR, Umno tidaklah ralat sangat, sebab bagi mereka itu biasa sahaja kerana asasnya PKR didokongi Melayu Islam macam Pas juga.
DAP lebih terserlah sebagai parti Cina dan bukan Melayu walau pun ada juga orang Melayu dalam parti itu. Bila sebut DAP orang hanya nampak Lim Kit Siang dan anaknya atau Karpal Singh dan anaknya juga. Mereka bukan Melayu dan bukan Islam.
Walau pun berimej begitu, hari ini pemimpin DAP boleh duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati dengan pemimpin Pas. Mereka mendengar daripada Pas dan Pas mendengar daripada mereka. Saling memberi dan menerima.
Dan, nampaknya majoriti rakyat suka Pas berkawan dengan DAP dan mereka tidak suka Pas berkawan dengan Umno. Berlainan bangsa dan agama bukan halangan untuk Pas dan DAP berkawan dan bersama. Sebenarnya ini suatu rahmat.
Umno pula mahu Pas tidak berkawan dengan DAP macam Pas tidak berkawan dengan Umno. Pas tolak DAP macam Pas tolak Umno. Pendek kata, biarlah Pas berseorangan dalam mengharung arus politik negara.
Itu hajat Umno dan itulah juga punca mengapa Umno jadi sawan bila idea kerajaan perpaduan dinoktahkan. Itu menjadikan Umno lebih berpeluang untuk meratah Pas.
Benar, kambing yang terasing lebih mudah menjadi mangsa berbanding kambing di dalam kawanan. Lidi sebatang lebih mudah dipatahkan berbanding penyapu lidi seberkas.
Hari ini Umno mula melaung, Umno parti Islam dan parti Melayu, sama macam Pas parti Islam dan parti Melayu. DAP pula bukan Islam dan bukan Melayu. Mengapa Pas boleh berkawan dengan DAP dan tak boleh berkawan Umno?
Umno marah dan menyalahkan Pas kerana berkawan dengan DAP dan tidak berkawan dengannnya. Kesian Umno.
Umno sepatutnya bermuhasabah dan merenung dirinya sendiri, mengapa Pas tak mahu bersama dengannya? Umno tak boleh marah-marah. Umno perlu menyelak kembali diari-diari lamanya. Umno perlu memainkan semula pita-pita rakaman keterlanjurannya terhadap Pas dan kerajaan Pas.
Apa yang Umno tidak buat terhadap Kelantan? Sekat, halang, boikot, tahan, tuduh, fitnah. Apa yang Umno tidak buat terhadap orang Pas? Tangkap, tahan, penjara, bunuh, seksa. Kalau nak tambah lagi, roboh rumah, rampas tanah, tahan biasiswa, halang kenaikan pangkat, hukum tanpa salah dan macam-macam lagi.
Itu apa yang Umno buat kepada kerajaan Pas dan orang Pas. Macam mana pula perkara yang Umno buat kepada orang selain Pas dan mereka mengadu kepada Pas?
Hari ini Umno sedang menanggung seksa akibat kesalahan yang pernah dibuatnya. Kalau itu adalah akibat kesalahannya sendiri, maka Umno tidak boleh menyalahkan orang lain tetapi perlu menyalahkan dirinya sendiri.
Umno perlu sedar orang tidak mahu berkawan dengannya kerana perangainya, sikapnya, wataknya.
Justeru, Umno tidak boleh menyalahkan Pas berkawan dengan DAP tetapi menyalahkan dirinya sendiri yang tidak pandai berperangai supaya orang suka berkawan dengannya.

GAMAKNYA BELUM ADA CALON KETUA POLIS NEGARA YANG LAYAK MENGGANTIKAN MUSA

Khabar-khabar dari sumber dalaman Umno mendakwa Tan Sri Musa Hassan akan disambung tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara. Sebelum ini, ada orang mendakwa, beberapa pegawai polis di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dimangsakan oleh pihak tertentu. Adakah Musa terlibat? Saya tanya dah lama dah. Setakat ini, saya belum pernah mendengar jawapan atau penafian yang bersungguh-sungguh dan meyakinkan.
Sungguh menarik episod yang memperlihatkan anak-ana buah BK Tan terlepas begitu sahaja ketika ramai para pegawai di JSJK dicekup Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Saya teringat posting blog ini bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" yang menyebabkan saya kena tangkap. Saya tarik balik logo polis berkepala anjing. Tetapi, saya tetap tak nak tarik pertanyaan kepada Musa.
Saya hilang kepercayaan kepada pegawai polis paling tinggi kedudukannya itu yang dituduh menjadi kawan baik Tan. Tan didakwa menjadi kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
Kalau benar Ketua Polis Negara adalah kawan baik Tan, siapa lagi kawan baik Tan di kalangan mereka yang berkuasa. Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak juga kawan baik Tan? Kalau benar Ketua Polis Negara adalah kawan baik Tan, adakah penyambungan kontrak Musa mempunyai kaitan dengan Tan?
Dan, soalan yang masih belum berjawab sehingga kini ialah sejauh manakah penguasaan Tan ke atas pasukan polis dan negara ini?

BANGKITLAH RAKYAT KELANTAN, TUNTUT SEGERA ROYALTI MINYAK RM1,000,000,000 KAMU

"Kerajaan Kelantan adalah kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat. Rakyat Kelantan membayar cukai. Jadi, seharusnya khazanah anugerah Allah ini dikongsi bersama oleh seluruh rakyat.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Yusuf mendesak agar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memberi pertimbangan yang adil terhadap rakyat Kelantan dalam pemberian royalti petroleum di negeri tersebut.
Jelasnya, hasil daripada petroleum di perairan Kelantan sejak 2004 itu termasuk dalam perangkaan hasil negara.
"Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh terima bayaran royalti daripada hasil petroleum, kenapa Kelantan dinafikan haknya?
"Kerajaan Kelantan adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan rakyat Kelantan juga membayar cukai. Justeru saya amat berharap kerajaan dapat mengembalikan hak yang seharusnya menjadi milik rakyat Kelantan. Ini merupakan satu hak yang menjadi tanggung jawab kerajaan pusat yang termasuk dalam perlembagaan," tegasnya sewaktu dihubungi Harakah.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS menegaskan, setiap kali isu mengenai pemberian royalti petroleum ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam sesi soal jawab di Parlimen, menteri berkaitan memberi jawapan Kelantan tidak berhak ke atas royalti tersebut.
Jelasnya, pelbagai cara dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyembunyikan fakta sebenar mengenai isu tersebut. Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menyelar pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan yang disifatkan menganiayai pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
"Kita bimbang sekiranya kerajaan pusat tidak memberikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat, bukan sahaja rakyat akan mengutuk tindakan tersebut, bahkan kita bimbang akan diturunkan bala, sebab keberkatan itu tidak ada. Dengan kezaliman yang dilakukan, mungkin pelbagai ujian lagi akan menimpa kerana tidak memberikan hak kepada yang berhak," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak agar kerajaan menyegerakan pemberian royalti sebanyak RM1 billion kepada kerajaan Kelantan.

PROJEK JIWA MURNI OLEH TENTERA DI MANEK URAI ,BENARKAH TEKTIK LICIK BN ?


Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan Parti UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru dengan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk.

“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz.


Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.

“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz.

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz.

Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. .
Mahfuz menggesa supaya Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung,” kata Mahfuz.
Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz.

TEKUN ALA TUKUN ?

RM100 juta ditambah untuk dana politik Umno ?
Semasa perbahasan usul Menteri Kewangan bagi pengemaskinian dan pemindahan dana kerajaan lanjutan daripada penyerapan agensi-agensi Kerajaan yang dahulunya di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,ramai ahli parlimen khususnya ahli - ahli Parlimen Umno telah bangun dengan meminta dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) supaya ditambah.
Akhirnya semalam Timbalan Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Dr Awang Adek Hussein, dalam ucapan penggulungannya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menaikkan dana Tekun sebanyak RM100 juta pada tahun ini.
Secara kasarnya ia satu keputusan yang baik penambahan dana bantuan untuk membantu usahawan.
Persoalanya benarkan dana tambahan RM100 juta ini benar tersalur kepada usahawan yang sewajarnya ?
TEKUN ialah satu projek penyaluran dana kerajaan membantu usahawan kecil dalam bentuk mikro kredit. Antara pencetus idea ini ialah Dr. Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang). Diwujudkan dengan niat begitu murni. Namun malangnya pelaksanaanya menghancurkan niat murni penubuhannya.

Kebanyakan Pejabat TEKUN ditempatkan pasti berhampiran pejabat Umno, mungkin ini memudahkan unsur Umno mengawal agihan dana tersebut. Malah bukan menjadi satu rahsia untuk membolehkan mendapat pinjaman TEKUN pemimpin perlu menyertakan bukti menjadi ahli Umno.

Khairy Jamaluddin (menantu bekas Perdana Menteri) baru - baru ini kononya mengeluh mengenai betapa TEKUN kekurangan dana dan antara penyebabnya ialah peminjam yang tidak membayar semula.

Ketika merasmikan Pusat Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO menantu Abdullah Badawi ini berkata akan mencadangkan agar nama peminjam TEKUN yang tidak bertanggungjawab ini perlu didedahkan.
Jawapanya mudah sahaja wahai menantu Abdullah, dedahkanlah nescaya kamu akan menjumpai senarai ahli Umno yang tidak tahu berniaga yang 'dianugerahkan' dengan pinjaman wang atas nama TEKUN.
Pengumuman tambahan RM100 juta semalam dilihat umpama seperti membuang air dari tempayan ke tanah. RM100 juta akan digunakan untuk tujuan survival politik Umno...entah berapa titik sahaja akan dapat kepada mereka yang benar memerlukan.
Terbaru juga dapat aduan dari seorang kontraktor di Rembau menyatakan cara agihan projek pembangunan dibawah peruntukan parlimen. Tiap anggota parlimen diperuntukan RM1 juta untuk projek pembagunan parlimen. Di Rembau dikhabarkan kontraktor Umno secara bebas boleh mencadangkan projek dan menghantar cadangan kepada ahli Parlimen Rembau. Tidak ada tender. Jika cadangan projek tersebut lulus yang pasti dari jumlah pembayaran projek tersebut perlu diagihkan dengan memulangkan sebahagianya dari nilai tuntutan untuk Umno semula.

MENTERI KESIHATAN KATA AH1N1 , MENTERI PENERANGAN SARAN GUNA SELSEMA BABI

Sebelum ini Menteri Kesihatan arahkan penggunaan terma Infuenza A,H1N1 .Tak taulah untuk jaga apa , atau hati sapa?Dulu kalau kata selsema burung maka habislah jenis burung dibunuh bila ada yang pesakit berdekatan sekian jarak.Tapi kalau sebut Selsema babi takut habis babi di Paya Mengkuang di Melaka kut?
Dan kini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan terma Influenza A, H1N1 kini ditukar kembali ke selsema babi. Sebelum ini semua media diarah menggunakan terma H1N1 sahaja.

“Orang kita lebih kenal babi daripada khinzir atau H satu, N satu atau H one N one,” kata beliau dalam Buletin Utama jam 8.08 malam tadi.
Teringat catatan pembaca blog ini, Alidyangon dalam post saya sebelum ini. Beliau bergurau, katanya, jika kanak-kanak terlihat babi di masa akan datang, komen mereka, "Tengok tu, H1N1".
Justeru, bersama kita izinkan anak kita berkata, "Tengok tu, babi!".

SERIUS NI, 3 GOLONGAN WAJIB TIDAK MEROKOK !

1. DOKTOR

Doktor selalu suruh orang berhenti merokok. Macamana nak hormat sekiranya, di hadapan pesakit dia suruh berhenti merokok, di belakang dia yang paling juara. Kenapa doktor merokok saya sendiri pun tidak tahu.
Jikalau anda fikir apabila seorang doktor merokok, alasan yang akan diberikan nampak lebih munasabah daripada bukan doktor, maka cuba anda tanyakan doktor tersebut. Kenapa doktor merokok? Jawapannya akan kabur juga, sekabur asap rokok.
Ini kerana, tidak ada satu pun jawapan dari segi fakta perubatan atau sains yang membenarkan seseorang menghisap rokok.
Ada seorang pengarah hospital daerah yang saya kenal dahulu begitu kuat merokok. Biasanya dia akan merokok selepas sarapan pagi di sebuah kantin "swasta" di luar hospital. Siapa yang bersamanya merokok? Tentulah kakitangan-kakitangan hospital.
Doktor mengetahui 1001 penyakit yang boleh disebabkan asap rokok. Kenapa perlu menyumbang kepada statistik ini.

2. USTAZ

Saya rasa kurang hormat kalau ada ustaz yang merokok. Dulu fatwa kata makruh, maka takperlah kalau merokok. Tapi sekarang fatwa dah sah terang haram, kenapa masih merokok.
Macamana orang ramai nak ikut fatwa kebangsaan yang banyak diletakkan di masjid-masjid sedangkan setelah habis ceramah, ustaz sendiri merokok dengan ajk masjid di masjid?
Malah Ustaz-ustaz yang sepatutnya membantu memberi nasihat dan menguatkan fatwa merokok itu haram kepada orang ramai. Bukannya mempertikaikan- kononnya tiada dalil dan nas yang Qat'ie lah dan tak Sorih lah, sedangkan majlis fatwa negara dah umumkan.
Mungkin najis rokok ini tidak setara dengan najis mughallazah seperti babi, tetapi ia seberat meminum racun secara perlahan-lahan. Kalau minum racun itu haram, kenapa merokok boleh jadi makruh, sedangkan kedua-duanya membunuh?

3. GURU

Kalau guru rokok berdiri, anak murid rokok berlari...
Itulah kaitannya seorang guru dengan anak muridnya. Seorang guru mempunyai beribu anak murid sepanjang profesion mengajarnya. Mustahil, tidak ada beberapa orang yang terpengaruh sekiranya guru tersebut merokok.
Guru adalah manusia yang kedua bertanggungjawab selepas ibu-bapa di dalam memberi pendidikan dan pelajaran kepada generasi muda negara. Tugas itu sebenarnya sangat penting walaupun ramai ibu-bapa yang memperlekehkan (kerana ibu-bapa dah tak tahu macamana nak kawal anak mereka, dan rasa bersalah tersebut dilepaskan kepada guru).
Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjadi contoh utama untuk berhenti tabiat merokok. Tidak kira di dalam sekolah atau di luar sekolah, ataupun di rumah, para guru kadangkala diperhatikan. Di dalam sekolah mungkin tidak, tetapi anak murid mungkin melihat anda merokok di dalam kereta ketika pulang, ataupun terserempak dengan anda membeli belah.
Mungkin ada yang berkata kenapa 3 profesion ini sahaja yang disebut. Saya ulang di sini bahawa semua orang patut berhenti merokok. Tetapi 3 golongan ini adalah rapat dengan masyarakat.
Apatah lagi mereka merupakan idola kepada kaum remaja, golongan muda, maka ini menjadikan tanggungjawab untuk mendidik bertambah berat. Maka wajarlah mereka dahulu yang berhenti merokok.
Wallahu A'lam.

RUGINYA PENDOKONG & PENYOKONG UMNO KELANTAN JIKA TIDAK DAPAT SURAT INI !

DERMA UNTUK OKU JIKA YB ADUN JELAPANG DIDAPATI MENIPU !

Ipoh, 26 Jun: ADUN kawasan Aulong, YB YewTian Hoe sebentar tadi telah menfailkan sama terhadap ADUN Jelapang atas kejadian di dalam Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 yang lepas.

Beliau yang diiringi oleh 7 orang ADUN Pakatan Rakyat hadir bersama dengan lebih 20 orang penyokong yang kesemuanya berpakaian berwarna hitam.

ADUN Aulong didampingi oleh ADUN Pakatan Rakyat yang lain sedang menyampaikan kenyataan media.

Dalam kenyataannya, YB Yeb menjelaskan ADUN Jelapang itu mestilah menanggung akibat dari tindakan pembohongan dan putar belit dengan mengatakan di tangannya adalah thumbdrive dan sesudah itu dikatakan pula keychain. Katanya ada rakaman yang jelas bahawa ADUN Jelapang itu telah menggunakan alat penyembur pemedih mata.

Ditanya berapakah tuntutan yang beliau minta, dia menjelaskan perkara itu diserahkan kepada peguamnya. Sambil memberi komitmen hasil dari tuntutan itu akan didermakan kepada OKU. Beliau juga menuntut YB. Hee Yit Fong untuk meletakkan jawatan.

WAJARKAN LAPORAN KERUNTUHAN RM300 JUTA INI TANPA MENUDING SESIAPA ?


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga rm300 juta ,yang dibina oleh kontraktor BN , telah runtuh pada lebih kurang 8 am 2 june09. Atap dan struktur penyokong atap runtuh jatuh ke dinding stadium dengan kepingan aluminiun berterbangan sehingga 200 metre dari runtuhan. Yang jelas batang pipe yang menjadi menjadi struktur untuk menyokong atas telah terputus yang menyebabkan sebahagian besar atap telah jatuh ketanah. Inilah satu lagi projek yang korupt yang memusnahkan semua duit rakyat terengganu , yang harga nya sudah berkali ganda mahal da n runtuh pula. Keruntuhan stadium yang harga berjuta ini melambangkan akhlaq orang yang membinanya bermula dari kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta kontraktor dan sub kontraktor yang melaksanakan kerja. Yang bertambah buruknya oleh kerana ingin menunjuk nunjuk projek stadium di bawah Deris Jusoh ini telah dibuat dalam keadaan kelam kabut bagi peristiwa yang ingin dicapai bagi meraih nama dan kehebatan. Kita berharap pihak anti rasuah tidak juga menjadi anasir jahat yang akan cuba memadamkan saja kes scandal tidak bertanggungjawab dan korup ini.

SEMUA PENEROKA HARUS AMBIL PELUANG & RUANG INI !

Teman pun belum tanya bapa mertua lagi pasai insuran ini.Memang tak sedap cakap pasal insuran yang mengaitkan kematian.Sama macam skim Usia Emas Kerajaan Negeri Selangor .Tapi rakyat Selangor tak payah bayor.Itu pasai teman ajak semua rakyat negeri di bawah BN tiru macam rakyat negeri Pakatan Rakyat.Lepaih ni kita pilih Kerajaan Pakatan Rakyat yea.Air percuma 20 meterpadu dan ada sistem TAWAS ,skim bantuan masuk Universiti dan banyak lagi.
Ini teman panjangkan berita dari Gayapeneroka.
Pagi tadi mesyuarat JKKR .kalau dulu saya duduk di meja ketua blok sekarang ini dah berubah kena duduk di meja Biro Sosial dan Kemasyarakatan pula.....rasa tak selesa pula ....kalau dulu duduk berdepan dengan orang "depan"... tapi sekarang dah "duduk" dengan orang depan rasa kekok pula...
Banyak isu dibincangkan .....
Antaranya insuran peneroka ...kalau dulu ada cakap-cakap belakang mengatakan insuran yang PM bagi untuk peneroka dah berakhir pada bulan mac lalu dan pehak insuran tersebut dah bangkrap...ada benarnya dan pehak Felda dah berbaharui dan insuran sekarang dibawah insuran 'etiqa takaful'....jadi semua peneroka Felda tak kira sesiapa pun janji peneroka Felda dilindungi insuran..Kalau peneroka meninggal dapatlah yang hidup RM13,000.00...bolehlah untuk bayar hutang pada yang mati kalau ada hutang...dan bolehlah untuk upah bayar pergi haji.
Tapi kalau orang rumah yang meninggal tak dapatlah kita....Cara nak dapat juga masukkan mereka ansuran RM 25.00 setahun ....dapatlah kita RM19,000.00. Kalau tak faham pergi di
pejabat JKKR Rancangan masing-masing ....tanya...
Dalam perkara ini yang bagusnya peneroka umur 70 tahun keatas pun dilindungi insuran tapi pehak Felda yang bayar ..bukanya pehak insuran.

PERINGATAN SERIUS PADA RAKYAT PAHANG BILA PENGURUSAN NEGERI YANG TERSERLAH KESAN PENGURUSAN YANG BURUK DAN ZALIM DALAM BAIK

Walaupun mendapat mandat yang agak baik dalam Pilihanraya Umum yang lalu, rakyat Pahang seharusnya mengetahui bahawa kekuatan suara dan hak mereka sebagai rakyat dalam sebuah negari berdaulat semakin terhakis. Tindakan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutama UMNO menjadikan Negeri Pahang laksana telaga menggali kekayaan demi kepentingan perut beberapa kerat mereka. Rakyat tidak lebih hanya seekor kuda tunggangan ataupun sisa-sisa busuk perut ikan yang menjadi umpan menjelang pilihanraya bagi mendapatkan mandat memerintah.

Penulis telah membangkitkan terdahulu bagaimana, kelemahan Kerajaan Barisan Nasional Pahang mentadbir negeri sehingga terpaksa berhadapan tindakan Mahkamah sehinggalah mengalami keadaan defisit yang meruncing. Kali ini pula, penulis akan membangkitkan satu isu yang hangat diperkatakan di Pahang iaitu berhubung pengambilan berleluasa tanah bagi tujuan pembangunan komoditi perladangan.


Tidak dapat dinafikan bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa yang agak jitu kepada kerajaan untuk melakukan pengambilan tanah bagi tujuan kemajuan. Alasan ini jugalah digunakan secara berleluasa untuk menghalalkan "rampasan" tanah terhadap rakyat. Saya tidak berniat mencabar perkara ini apatah lagi perundangan membenarkannya. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi soal terutama di Pahang adalah berhubung dengan tindakan kerajaan negeri melalui beberapa anak syarikat Kerajaan Pahang yang bertindak membuka ladang-ladang tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah secara berleluasa. Penerokaan hutan dan ditanam dengan komoditi tersebut melibatkan ribuan hektar dan semakin bertambah keluasannya dari masa ke semasa.

Sebagai contoh, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) mempunyai ladang kelapa sawit dan getah di seluruh Pahang berjumlah hampir 54 ribu hektar. Begitu juga penerokaan tanah hampir 30 ribu ekar tanah di Rompin oleh YP Plantation Holdings Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak syarikat subsidiari Kerajaan Pahang iaitu Yayasan Pahang bagi tujuan tanaman kelapa sawit. Malahan saya difahamkan sebanyak 15 ribu ekar lagi akan dibuka di daerah yang sama. Itu belum dikira jumlah pembukaan tanah-tanah baru bagi tujuan yang sama oleh syarikat swasta dimana kerajaan Pahang mempunyai kepentingannya seperti di Pekan, Bera, Rompin dan Kuantan mencecah hampir 15 ribu hektar sehingga tahun 2004 sahaja untuk pelbagai tujuan seperti perladangan kelapa sawit dan lain-lain tanaman komersil.

Apa yang lebih malangnya, pembukaan tanah ini turut melibatkan UMNO sebagai parti pemerintah yang mempunyai proksi-proksi dalam pelbagai syarikat yang ditubuhkan. Ini terbukti apabila puluhan ribu hektar tanah diterokai di daerah Rompin. Isu penerokaan tanah di Pekan juga diheret ke Mahkamah (No kes: 21-9-2002. Seruan Gemilang Makmur v Pengarah Hutan Negeri & Kerajaan Pahang). Semua keuntungannya pasti mengalir ke kantung UMNO. Sekali pandang, isu ini seolah-olah kerajaan Pahang membangunkan tanah untuk tujuan kemajuan. Namun, saya ingin menjemput pembaca semua untuk menganalisa secara saintifik disebalik pengambilan tanah ini. Ribuan hektar tanah yang diteroka oleh kebanyakannya anak syarikat kerajaan negeri mahupun kerajaan negeri berkepentingan di dalam syarikat persendirian menyebabkan rakyat Pahang terhimpit dengan masalah ketiadaan tanah sehingga terpaksa menumpang dan meneroka tanah haram. Rakyat yang memohon tanah bertahun-tahun lamanya sehingga ada di kalangan pemohon yang meninggal dunia, tetapi permohonan mereka masih tidak diluluskan. Usah bercakaplah fasal pemilikan tanah kepada golongan belia yang sudah pastinya tidak memiliki tanah selain dari membeli ataupun memperolehinya secara keturunan ataupun sekiranya mereka ada "kabel"!

Perusahaan ladang komoditi secara sewenang-wenangnya ini telah mengakibatkan tiada manfaat dinikmati oleh penduduk setempat di mana kawasan ladang tersebut dibuka kecuali beberapa pekerja asing yang dibawa masuk bekerja di situ. Ketiadaan kilang memproses produk berasaskan sawit mengakibatkan rakyat setempat hanyalah menjadi penonton.

Saya percaya bahawa kerajaan negeri akan berhujah bahawa pembukaan ladang adalah bersifat jangka masa panjang dan keuntungannya akan diagihkan secara saksama kepada rakyat. Sekali pandang, kita boleh bersetuju. Tetapi apabila dinilai keseluruhan pendapatan jika dicongak dari ladang seluas ratusan ribu hektar di seluruh negeri yang diteroka oleh kerajaan negeri, layak Pahang diangkat negeri mempunyai pendapatan yang paling progresif. Namun, secara perangkaannya satu demi satu anak syarikat kerajaan Pahang mengalami kerugian seperti yang menimpa Mentiga Corporation. Begitu juga saban tahun dan terkini, pendapatan kerajaan Pahang berada di tahap defisit! Kemana perginya pendapatan hasil dari pembukaan ladang yang maha luas ini?

Saya difahamkan bahawa terdapat kepentingan kerajaan dalam beberapa buah syarikat yang dianugerahkan kontrak pembukaan ladang kelapa sawit ini yang bertukar tangan kepada pegangan bukan bumiputra sebagai majoriti. Apa sudah jadi kepada kerajaan Pahang? Adakah itu petanda bahawa "State Government of Pahang is for sale?"..Petaka inilah yang harus disedari oleh rakyat Pahang bahawa tiada lagi hendak dibanggakan dengan kegagahan Tok Gajah, Dato' Bahaman ataupun Mat Kilau apabila rakyat merempat di bumi sendiri. Kita juga mengetahui bahawa permohonan pindahmilik tanah di Pahang adalah antara yang paling sukar di muka bumi ini apatah lagi sekiranya permohonan kepada bukan bumiputra. Tetapi bagaimana pula dengan perlantikan syarikat bumiputra yang hanya minoriti untuk membuka ladang-ladang dan tanah-tanah di Pahang?


Saya ingin mencadangkan agar kerajaan Pahang mengambil ikutan langkah kerajaan Kelantan yang memperkenalkan skim Ladang Rakyat dimana rakyat diberikan pemilikan tanah yang diusahakan oleh sebuah badan dilantik kerajaan negeri dengan pelbagai jenis tanaman komersil. Keuntungan berbentuk dividen dan bonus diberikan kepada rakyat yang merupakan pemegang saham dalam skim tersebut. Rakyat akan terasa mereka sebahagian dari pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan. Berbeza di Pahang, tanah diteroka, ladang dibuka, keuntungan tidak tahu kemana dan akhirnya diistiharkan kerajaan Pahang rugi dan anak syarikat yang mengusahakannya terpaksa gulung tikar.


Oleh yang demikian, kerajaan Pahang harus menghentikan pembukaan tanah dengan alasan kemajuan pertanian sedangkan yang untung beberapa kerat golongan tertentu dan rakyat terus-terusan diperbodohkan. Rakyat Pahang juga harus menginsafi nasib masing-masing. Sampai bila kita harus berbangga dengan Projek Rumah Murah, Projek Pembangunan Rakyat Termiskin yang kita ada? Sedangkan hak kita terus dirobek..

Atau, kerajaan Barisan Nasional Pahang berhadapan tindakan diberhentikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang !

BENARKAH MUFTI PERAK RABUN_RABUN AYAM DALAM SEJARAH POLITIK ISLAM ?

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.
"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.
Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.
"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.
Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI

Bapa Sallahuddin Ayub Meninggal
BAPA Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. Menurut Sallahuddin yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bharu menerima pemakluman daripada adiknya.

Beliau yang ketika itu sudah sampai di Raub membatalkan perjalanannya ke Kota untuk bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah.

BERITA MENGGEGARKAN NEGERI TERENGGANU BILA DS HADI LAYAK JADI MB PADA PRU13 !


Petang semalam saya bertemu dengan seorang teman yang baru pulang dari Terengganu. Dia berkata kepada saya, "Selepas PRU13 nanti, Dato' Seri Abd Hadi Awang akan menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru. Orang dah menyampah dengan pertelingkahan yang tak habis-habis ni!"Selepas PRU12 hingga sekarang, pergolakan dalam UMNO Terengganu masih belum selesai. Pertelingkahan antara kumpulan Menteri Besar Dato' Ahmad Said dan bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh sampai sekarang belum selesai.

Apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein mengumumkan rombakan kepimpinan UMNO Negeri, ia ditolak oleh satu pihak dengan alasan berat sebelah, lapor Malaysiakini.

Pelbagai pihak menyatakan kehairanan mengapakah kedua-dua pihak bertelagah walaupun pilihanraya umum sudah satu setengah tahun berlalu. Ada yang mengatakan inilah perangai buruk yang akan merosakkan parti itu.

PEMUDA_PEMUDA UMNO DIGESA BANYAK MEMBACA AGAR TIDAK BUTA SEJARAH DAN BERTINDAK MELULU

Akhirnya tiada jalan lain,tiada daya lagi dan tiada isu lain maka PEMUDA Umno Kelantan semalam telah membuat satu laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kata-kata politiknya dalam ceramah, kononnya Umno sebagai ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan menyamakan Umno dengan komunis.
Melalui Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian dengan semangat berkobar yang dicetuskan oleh idolanya Ketua Pemuda Malaysia yang telahpun disabit rasuah telahpun membuat laporan polis terhadap Nik Abdul Aziz.Al-maklumlah pada pemuda ini, Umno adalah parti suci yang membela Melayu dan Islam di negara ini .
Seterusnya beliau mempertikai satu-persatu dakwaan Nik Abdul Aziz itu. Baginya Umno tidak melakukan itu semua. Kalau Umno buat itu semua mereka cabar agar dijawab soalan-soalan ini.
• Berapa ramai yang telah dibunuh oleh Umno?
• Berapa ramai yang diperkosa oleh Umno?
• Berapa ramai orang yang telah disesatkan oleh Umno?
Nik Aziz tidak perlu menjawab soalan-soalan itu. Kalau pemuda Umno ingin berhujah dengan sejarah, maka sejarah juga mampu menjawab semua soalan itu dengan tepat. Sejarah tidak pernah berbohong kepada sesiapa.
Alasan Annuar kenyataan Nik Aziz itu telah menimbulkan ketegangan dan rasa benci rakyat kepada Umno. Tuduhan Nik Aziz itu juga tidak berasas, lantas beliau meminta penjelasan berapa ramai orang Melayu yang dibunuh Umno. Nik Aziz dilaporkan mengeluarkan cemuhan itu pada satu ceramah di Manik Urai beberapa hari lalu.
Sesiapa pun boleh buat laporan polis terhadap sesiapa sahaja yang membuat kenyataan atau melakukan tindakan boleh menimbulkan ketegangan sehinggakan memudaratkan keselamatan negara. Tetapi dalam kes kenyataan (ceramah) Nik Aziz ini teman rasa tidak sampai ke tahap itu dan laporan polis itu hal yang remeh dan membuang masa.
Pemuda Umno harus banyak membaca dan memahami sepak terang politik. Kata-kata Nik Aziz adalah kata-kata politik yang maknanya berlapis-lapis macam kueh lapis. Ia bukan cakap terus atau straight to the point.Pemuda Umno seharusnya mengerti apa itu provokasi, hipokrasi dan sebagainya lagi.
Teman harap kalau pemuda Umno memahami ini tidak timbul rasa kesal dan marah kepada Menteri Besar Kelantan itu. Apakah pemuda Umno tidak pernah mendengar berbagai 'fatwa' dan kenyatan politik yang dizahirkan oleh beliau selama ini? Istilah-istilah yang ganjil seperti "Tuhan mencarut", "berkawan dengan syaitan", "duit, lembu dan kain ambil tetapi jangan undi", dan sebagainya pernah keluar dari mulut Nik Aziz. Semua kata-kata itu adalah kata-kata politik yang tidak sampai merosakkan aqidah.
Misalnya kenyataan Tuhan mencarut dan berkawan dengan syaitan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam agama. Mereka yang tidak memahami maksud atau ertinya boleh terkeliru. Menurut Enakmen Agama Islam Kelantan kata-kata seumpama itu boleh didakwa kerana ia mendatang kecederaan kepada agama. Tetapi tidak ada apa-apa tindakan ke atas Nik Aziz. Kenapa? Sebab tidak ada mana-mana ulama dan Mufti yang boleh menyanggahkan pandangannya.
Sebab itu teman gesa pemuda Umno kena banyak membaca dan mengingati sejarah. Jumpa dengan veteran Umno tanya mereka apa yang Nik Aziz pernah lempar dan konotasikan terhadap Umno. Baca buku-buku mengenai Nik Aziz sejak beliau mula menerjuni diri dalam politik mulai tahun 1967 hinggalah ke hari ini. Cuba kaji kata-kata dan pemikiran serta pendekatan politiknya yang sungguh bervariasi dan menakjubkan.
Dalam politik kena bijak dan kena pandai. Kena tahu isu mana nak main dan isu mana nak disenyapkan. Sekiranya tidak bijak isu yang ditimbulkan akan memakan diri dan tidak fasal-fasal pihak lawan mendapat manfaat dan untung besar.
Bahaya juga pada UMNO kerana sesiapa yang mengkaji akan menyedari yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya.Silap hari bulan masuk ahli Pakatan Rakyat, itu sebab UMNO tidak menggalakkan mereka mengaji dan membaca buku penulis seperti tok guru dan akhbar pembangkang .Mereka diarah mempercayai arahan dan setia pada perintah walaupun berlawan dengan sepatutnya.