Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 26, 2009

PEMUDA_PEMUDA UMNO DIGESA BANYAK MEMBACA AGAR TIDAK BUTA SEJARAH DAN BERTINDAK MELULU

Akhirnya tiada jalan lain,tiada daya lagi dan tiada isu lain maka PEMUDA Umno Kelantan semalam telah membuat satu laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kata-kata politiknya dalam ceramah, kononnya Umno sebagai ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan menyamakan Umno dengan komunis.
Melalui Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian dengan semangat berkobar yang dicetuskan oleh idolanya Ketua Pemuda Malaysia yang telahpun disabit rasuah telahpun membuat laporan polis terhadap Nik Abdul Aziz.Al-maklumlah pada pemuda ini, Umno adalah parti suci yang membela Melayu dan Islam di negara ini .
Seterusnya beliau mempertikai satu-persatu dakwaan Nik Abdul Aziz itu. Baginya Umno tidak melakukan itu semua. Kalau Umno buat itu semua mereka cabar agar dijawab soalan-soalan ini.
• Berapa ramai yang telah dibunuh oleh Umno?
• Berapa ramai yang diperkosa oleh Umno?
• Berapa ramai orang yang telah disesatkan oleh Umno?
Nik Aziz tidak perlu menjawab soalan-soalan itu. Kalau pemuda Umno ingin berhujah dengan sejarah, maka sejarah juga mampu menjawab semua soalan itu dengan tepat. Sejarah tidak pernah berbohong kepada sesiapa.
Alasan Annuar kenyataan Nik Aziz itu telah menimbulkan ketegangan dan rasa benci rakyat kepada Umno. Tuduhan Nik Aziz itu juga tidak berasas, lantas beliau meminta penjelasan berapa ramai orang Melayu yang dibunuh Umno. Nik Aziz dilaporkan mengeluarkan cemuhan itu pada satu ceramah di Manik Urai beberapa hari lalu.
Sesiapa pun boleh buat laporan polis terhadap sesiapa sahaja yang membuat kenyataan atau melakukan tindakan boleh menimbulkan ketegangan sehinggakan memudaratkan keselamatan negara. Tetapi dalam kes kenyataan (ceramah) Nik Aziz ini teman rasa tidak sampai ke tahap itu dan laporan polis itu hal yang remeh dan membuang masa.
Pemuda Umno harus banyak membaca dan memahami sepak terang politik. Kata-kata Nik Aziz adalah kata-kata politik yang maknanya berlapis-lapis macam kueh lapis. Ia bukan cakap terus atau straight to the point.Pemuda Umno seharusnya mengerti apa itu provokasi, hipokrasi dan sebagainya lagi.
Teman harap kalau pemuda Umno memahami ini tidak timbul rasa kesal dan marah kepada Menteri Besar Kelantan itu. Apakah pemuda Umno tidak pernah mendengar berbagai 'fatwa' dan kenyatan politik yang dizahirkan oleh beliau selama ini? Istilah-istilah yang ganjil seperti "Tuhan mencarut", "berkawan dengan syaitan", "duit, lembu dan kain ambil tetapi jangan undi", dan sebagainya pernah keluar dari mulut Nik Aziz. Semua kata-kata itu adalah kata-kata politik yang tidak sampai merosakkan aqidah.
Misalnya kenyataan Tuhan mencarut dan berkawan dengan syaitan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam agama. Mereka yang tidak memahami maksud atau ertinya boleh terkeliru. Menurut Enakmen Agama Islam Kelantan kata-kata seumpama itu boleh didakwa kerana ia mendatang kecederaan kepada agama. Tetapi tidak ada apa-apa tindakan ke atas Nik Aziz. Kenapa? Sebab tidak ada mana-mana ulama dan Mufti yang boleh menyanggahkan pandangannya.
Sebab itu teman gesa pemuda Umno kena banyak membaca dan mengingati sejarah. Jumpa dengan veteran Umno tanya mereka apa yang Nik Aziz pernah lempar dan konotasikan terhadap Umno. Baca buku-buku mengenai Nik Aziz sejak beliau mula menerjuni diri dalam politik mulai tahun 1967 hinggalah ke hari ini. Cuba kaji kata-kata dan pemikiran serta pendekatan politiknya yang sungguh bervariasi dan menakjubkan.
Dalam politik kena bijak dan kena pandai. Kena tahu isu mana nak main dan isu mana nak disenyapkan. Sekiranya tidak bijak isu yang ditimbulkan akan memakan diri dan tidak fasal-fasal pihak lawan mendapat manfaat dan untung besar.
Bahaya juga pada UMNO kerana sesiapa yang mengkaji akan menyedari yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya.Silap hari bulan masuk ahli Pakatan Rakyat, itu sebab UMNO tidak menggalakkan mereka mengaji dan membaca buku penulis seperti tok guru dan akhbar pembangkang .Mereka diarah mempercayai arahan dan setia pada perintah walaupun berlawan dengan sepatutnya.

No comments: