Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 26, 2009

UMNO DAH BIASA GUNA KMK (KAWAN MAKAN KAWAN) MACAM MANA NAK DAPAT KAWAN !

Umno sangat marah bila Pas boleh dan mampu berkawan dengan DAP. Kalau berkawan dengan PKR, Umno tidaklah ralat sangat, sebab bagi mereka itu biasa sahaja kerana asasnya PKR didokongi Melayu Islam macam Pas juga.
DAP lebih terserlah sebagai parti Cina dan bukan Melayu walau pun ada juga orang Melayu dalam parti itu. Bila sebut DAP orang hanya nampak Lim Kit Siang dan anaknya atau Karpal Singh dan anaknya juga. Mereka bukan Melayu dan bukan Islam.
Walau pun berimej begitu, hari ini pemimpin DAP boleh duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati dengan pemimpin Pas. Mereka mendengar daripada Pas dan Pas mendengar daripada mereka. Saling memberi dan menerima.
Dan, nampaknya majoriti rakyat suka Pas berkawan dengan DAP dan mereka tidak suka Pas berkawan dengan Umno. Berlainan bangsa dan agama bukan halangan untuk Pas dan DAP berkawan dan bersama. Sebenarnya ini suatu rahmat.
Umno pula mahu Pas tidak berkawan dengan DAP macam Pas tidak berkawan dengan Umno. Pas tolak DAP macam Pas tolak Umno. Pendek kata, biarlah Pas berseorangan dalam mengharung arus politik negara.
Itu hajat Umno dan itulah juga punca mengapa Umno jadi sawan bila idea kerajaan perpaduan dinoktahkan. Itu menjadikan Umno lebih berpeluang untuk meratah Pas.
Benar, kambing yang terasing lebih mudah menjadi mangsa berbanding kambing di dalam kawanan. Lidi sebatang lebih mudah dipatahkan berbanding penyapu lidi seberkas.
Hari ini Umno mula melaung, Umno parti Islam dan parti Melayu, sama macam Pas parti Islam dan parti Melayu. DAP pula bukan Islam dan bukan Melayu. Mengapa Pas boleh berkawan dengan DAP dan tak boleh berkawan Umno?
Umno marah dan menyalahkan Pas kerana berkawan dengan DAP dan tidak berkawan dengannnya. Kesian Umno.
Umno sepatutnya bermuhasabah dan merenung dirinya sendiri, mengapa Pas tak mahu bersama dengannya? Umno tak boleh marah-marah. Umno perlu menyelak kembali diari-diari lamanya. Umno perlu memainkan semula pita-pita rakaman keterlanjurannya terhadap Pas dan kerajaan Pas.
Apa yang Umno tidak buat terhadap Kelantan? Sekat, halang, boikot, tahan, tuduh, fitnah. Apa yang Umno tidak buat terhadap orang Pas? Tangkap, tahan, penjara, bunuh, seksa. Kalau nak tambah lagi, roboh rumah, rampas tanah, tahan biasiswa, halang kenaikan pangkat, hukum tanpa salah dan macam-macam lagi.
Itu apa yang Umno buat kepada kerajaan Pas dan orang Pas. Macam mana pula perkara yang Umno buat kepada orang selain Pas dan mereka mengadu kepada Pas?
Hari ini Umno sedang menanggung seksa akibat kesalahan yang pernah dibuatnya. Kalau itu adalah akibat kesalahannya sendiri, maka Umno tidak boleh menyalahkan orang lain tetapi perlu menyalahkan dirinya sendiri.
Umno perlu sedar orang tidak mahu berkawan dengannya kerana perangainya, sikapnya, wataknya.
Justeru, Umno tidak boleh menyalahkan Pas berkawan dengan DAP tetapi menyalahkan dirinya sendiri yang tidak pandai berperangai supaya orang suka berkawan dengannya.

No comments: