Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 29, 2009

CALON TAK SEDAR DIRI DARI KESEDAR

Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan semalam.Teman sibuk dengan Tamrin dua hari ,jadi maaf kepada pembaca blog Cawangan Bukit Sentosa 2 ini.Yang seronoknya teman dan wakil cawangan seluruh Hulu Selangor dapat bertemu dan beramah mesra dengan Timbalan Presiden PAS itu.
Berbalik pada calon tak sedar ini, bukan teman sesedap mulut orang kata ,cuma Tuan Aziz Tuan Mat ni masih muda, sayang bagi keluarganya melepaskan bagi diadu-dumba dengan calon PAS yang direstuai oleh semua ahli Pakatan rakyat dan rakyat Kelantan umumnya dan Manek Urai Khususnya.Sayang bukan apa, jawatan nya hilang kalau kalah macam calon UMNO PRK Kuala Terengganu.Dah sedap-sedap jadi penolong Menteri nak kejar jadi YB pula.Sanggup letakkan Senator gara-gara nak jawatan yang lagi tetap kut.
Yang teman kata tak sedartu, Calon UMNO ni tak sedarke kebangkitan rakyat arah ke mana.Sedangkan ramai pemimpin UMNO termasuk otai UMNO Tun Mahathir kata pengaruh UMNO dah merosot.Jadi janganlah petaruhkan kerjaya yang ada walau tak mewah tapi cukup untuk keluarga sudahlah.Lebih-lebih lagi di saat ekonomi masih teruk dan tak menentu ini.

No comments: