Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 26, 2009

BANGKITLAH RAKYAT KELANTAN, TUNTUT SEGERA ROYALTI MINYAK RM1,000,000,000 KAMU

"Kerajaan Kelantan adalah kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat. Rakyat Kelantan membayar cukai. Jadi, seharusnya khazanah anugerah Allah ini dikongsi bersama oleh seluruh rakyat.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Yusuf mendesak agar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memberi pertimbangan yang adil terhadap rakyat Kelantan dalam pemberian royalti petroleum di negeri tersebut.
Jelasnya, hasil daripada petroleum di perairan Kelantan sejak 2004 itu termasuk dalam perangkaan hasil negara.
"Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh terima bayaran royalti daripada hasil petroleum, kenapa Kelantan dinafikan haknya?
"Kerajaan Kelantan adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan rakyat Kelantan juga membayar cukai. Justeru saya amat berharap kerajaan dapat mengembalikan hak yang seharusnya menjadi milik rakyat Kelantan. Ini merupakan satu hak yang menjadi tanggung jawab kerajaan pusat yang termasuk dalam perlembagaan," tegasnya sewaktu dihubungi Harakah.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS menegaskan, setiap kali isu mengenai pemberian royalti petroleum ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam sesi soal jawab di Parlimen, menteri berkaitan memberi jawapan Kelantan tidak berhak ke atas royalti tersebut.
Jelasnya, pelbagai cara dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyembunyikan fakta sebenar mengenai isu tersebut. Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menyelar pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan yang disifatkan menganiayai pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
"Kita bimbang sekiranya kerajaan pusat tidak memberikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat, bukan sahaja rakyat akan mengutuk tindakan tersebut, bahkan kita bimbang akan diturunkan bala, sebab keberkatan itu tidak ada. Dengan kezaliman yang dilakukan, mungkin pelbagai ujian lagi akan menimpa kerana tidak memberikan hak kepada yang berhak," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak agar kerajaan menyegerakan pemberian royalti sebanyak RM1 billion kepada kerajaan Kelantan.

No comments: