Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 15, 2009

SOKONGAN 9 ORANG CC LAGI DIPERLUKAN DS LIOW


Pagi tadi Naib presiden MCA dan 12 penyokongnya, yang menganggotai jawatankuasa pusat (CC), menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung MCA bagi membolehkan pemilihan baru parti itu diadakan.

Difahamkan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendapat sokongan 12 anggota CC tersebut yang berbuat demikian secara beramai-ramai bagi mengenakan tekanan ke atas anggota yang lain supaya turut berbuat demikian.

Mereka yang menyerahkan surat peletakan jawatan bersama Liow pagi ini, Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat, Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong,
Datuk Wong Mook Leong, Datuk Khoo Keok Hai, Datuk Wong Siong Hwee.

Beliau memerlukan sembilan lagi anggota CC untuk meletak jawatan sebelum pemilihan baru parti itu dapat diadakan.

Perlembagaan MCA menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 21 anggota CC diperlukan meletak jawatan sebelum pemilihan dapat diadakan. Jawatankuasa MCA mempunyai 31 anggota.

Surat peletakan jawatan Liow dan kumpulan penyokongnya diserahkan kepada setiausaha agung Datuk Wong Fong Meng pagi ini.

No comments: