Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 15, 2009

MALAM 14 DISEMBER TRAGEDI MENCEMASKAN DAN MENAKUTKAN DS NAJIB

Malam tadi, Pakatan Rakyat (PR) kalah lagi dalam undian di Dewan Rakyat. Dalam perbahasan mengenai Kementerian Dalam Negeri, kalah 1 undi. Dalam meluluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2010 pula, kalah 3 undi.
Biasanya kalau pembentangan Bajet gagal semasa mengundi maka kerjaan yang memerintah secara automatik gagal dan perlu dibubarkan.
Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. 1 di luar negara. 1 lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada 3 orang lagi Ahli Parlimen PAS .

15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Saya tak tau berapa dari PKR dan berapa dari DAP.

Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian. Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.

Apa pun, syabas PR atas apa yang terjadi itu. Buatlah lagi lain kali !

No comments: