Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, December 15, 2009
KALAULAH HUKUMAN POTONG TANGAN PADA PERAGUT & PENCURI DIBUAT DIKHALAYAK RAMAI DAN MEDIA ELETRONIK
Penduduk Afgoye lihat hukuman rejam
MOGADISHU – Seorang lelaki yang didapati bersalah berzina di Somalia direjam sampai mati, lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.
“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum
Tahniah untuk warga Somalia.Walaupun negara mu miskin dan kering kontang tetapi didada mu ada kekayaan iman dan kebesaran allah sw.t.Mudah-mudahan siperlaku mendapat pengampunan dan perlepasan hukuman diakhirat dari allah s.w.t
Takbir ! Takbir ! Takbir ! Semoga Allah akan memberkati dan membangunkan negara yang menegakkan hukum Allah sebenar mengikut Al-Quran
Post a Comment