Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 16, 2009

NEXT TIME ,TAN SRI AZIZ AKAN TEMBAK AHLI PARLIMEN BN YANG PONTENG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nazri Aziz yang jaga urusan parlimen mengingatkan para Ahli Parlimen BN supaya tidak mengharapkan mereka bernasib baik selalu.
Ini mengenangkan insiden undi tipis antara Ahli Parlimen BN dan pembangkang berlaku dalam sidang parlimen baru-baru ini .
Katanya mereka harus bersikap sentiasa bersiap sedia.
“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir,” katanya secara sinis.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang ekoran drama undian yang nyaris mengakibatkan Bajet 2010 sangkut.
Katanya Ahli Parlimen BN perlu mengambil berat kehadiran mereka dalam sidang Parlimen manakala Ahli Parlimen pembangkang tidak harus bersikap suka mengambil kesempatan.
Beliau mengingatkan sekiranya bajet itu tidak diluluskan akan memberi implikasi buruk bukan sahaja kepada kerajaan malahan negara secara keseluruhannya.
Pandikar Amin Mulia menyatakan demikian ketika ditemui wartawan di pejabatnya Selasa untuk mengulas drama yang mencemaskan itu dimana Bajet 2010 diluluskan dengan undi tipis 66-63 sahaja.
Katanya jika bajet itu tidak diluluskan bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini.

Nazri mengakui beliau menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih berada di Parlimen sehingga pukul 8 malam Isnin.
“Kebiasaannya pada waktu ini mereka sudah tiada tetapi yang anehnya ramai anggota pembangkang masih berada di Parlimen pada waktu itu,”katanya .-15/12/2009

No comments: