Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 16, 2009

BILA KOMPONEN BN BERSERAKAN, HUANG CHENG GUAN UCAP SELAMAT TINGGAL GERAKAN

Selamat tinggal Gerakan…
Naib Presiden Gerakan yang digantung Huang Cheng Guan akan membuat pengumuman keluar parti hari ini(Rabu).

Katanya keputusan ini dibuatnya kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu.
Beliau yang digantung tiga tahun pada Jun tahun lalu kerana lantang mengkritik kepimpinan bercadang untuk menyertai Parti Cinta Malaysia yang telah diluluskan penubuhannya.
Menurut Huang beliau samasekali akan menyertai pembangkang kerana tetap akan menyokong Barisan Nasional.
Bekas Ahli Parlimen kawasan Batu Kawan,Pulau Pinang minggu lalu buat kenyataan beri tempoh dua minggu supaya menarik balik pengantungannya.
”Namun setelah fikir balik buat apa buang masa menunggu.,”katanya.
Huan yang merupakan bekas ketua pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, dipilih ke jawatan Naib Presiden Gerakan pada pilihan raya parti tahun lepas selepas memperolehi undi ketiga tertinggi.-15/12/2009

No comments: