
Ceramah Sulung di Dewan Komuniti Bukit Sentosa mengamit penduduk dan penyokong Pakatan Rakyat yang kehausan maklumat sebenar terus dari mulut penceramah.
Ramai peniaga akan dapat kebaikan dari aktiviti ceramah yang diadakan.

Penceramah terdiri dari Timb. ketua AMK Pusat Sdr Fariz Musa, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor Sdr Sany Hamzan , Timb. Ketua Pemuda PAS Selangor Sdr Sdr Ahmad Zaidy dan Timb.Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shapawi.

Seperti biasa Unit Amal memainkan peranana amat penting secara sukarela menjaga keselamatan dan memberi panduan jalan pada hadirin yang hadir.

Penceramah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pusat sangat baik dan tepat dalam menyampaikan ucapan dan maklumat-maklumat terkini berkenaan pentadbiran negeri ,negara dan aktiviti sosial dan politik.
No comments:
Post a Comment