Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 16, 2009

DETIK CEMAS & FOTO KELAM KAMBUT PARLIMEN 14 DISEMBER 2009


Drama mendebarkan di bangunan Parlimen Malaysia yang amat mendebarkan jantung PM pada hari Isnin malam dimana kerajaan nyaris ‘ terbalik’ atau 'terbongkang' kerana kealpaan Ahli Parlimen yang biasa memonteng dan mungkin sedang seronok tengok bola Malaysia menang dengan Laos.Sekiranya berlaku kegagalan meluluskan bajet tersebut silap-silap akan jadi macam negeri Perak yang pentadbiran yang tak tentu hala yang boleh membawa implikasi politik dan ekonomi amat besar kepada negara.

Semalam hari Selasa dilaporkan ramai kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional termenung menepuk dahi memikirkan betapa mereka bernasib baik bajet itu akhirnya lulus dengan 66 undi menyokong dan 63 menolak – beza cuma 3 undi sahaja.
Dilaporkan semasa peristiwa itu PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam satu majlis di Sekolah Chung Hwa di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.Bila beliau dapat panggilan kecemasan maka bergegaslah beliau meninggalkan majlis tersebut untuk berkejar ke Parlimen bila diketahui tentang jumlah Ahli Parlimen pembangkang melebihi Ahli Parlimen BN dalam Dewan Rakyat.
Ribuan hadirin di majlis itu tercengang tanpa mengetahui apa puncanya.Ini lebih-lebih lagi melihat beberapa pemimpin MCA yang juga Ahli Parlimen turut menyertai beliau meninggalkan majlis tergesa-gesa.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkejar ke Parlimen.
Bekas Menteri Kerjaraya yang juga Ahli Parlimen Sepang Datuk Mohd Zin Mohamed yang baru turun dari pesawat di KLIA sekembali dari luar negara tidak sempat pulang ke rumah.
Kebetulan sebaik saja menghidupkan telefon bimbitnya di lapangan terbang itu dan membaca SMS yang masuk meminta segera ke Parlimen,beliau tanpa memikir panjang terus mengarahkan pemandunya memecut ke bangunan Parlimen.
Di sekitar parlimen Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang jaga urusan parlimen terpaksa ‘ pusing keliling’ menyelaraskan usaha memastikan jumlah Ahli Parlimen BN cukup.
Dalam pada itu Penyelaras Ahli Parlimen BN,Datuk Zainal Abidin Rahim berusaha sedaya upaya beliau untuk menyelamat keadaan dengan menelefon dan SMS semua Ahli Parlimen BN yang tidak ada di parlimen supaya segera datang.
Turut sama membantu mengawasi keadaan ialah Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Latif Ahmad.
Keadaan memang cukup mendebarkan waktu itu setelah mereka menyedari macam ada sesuatu ‘ tak kena’ melihatkan pergerakan ‘ lain macam’ Ahli Parlimen pembangkang yang makin ramai muncul.
Kebiasaannya BN jangka pada waktu malam begitu jumlah Ahli Parlimen baik BN dan pembangkang tidaklah begitu ramai di parlimen.
Namun kebelakangan ini kerana banyak perbahasan dan pengulongan belanjawan kementerian-kementerian sidang Dewan Rakyat yang bermula jam 10 pagi berlarutan hingga jam 10.30 malam sedangkan dalam keadaan biasa sidang tamat jam 5.30 petang.

No comments: