Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 14, 2009

NAZRI, TANDAS,JAMBAN ,MULUT CELUPAR ,LPKP ,PEMANDU TEKSI DAN LETAK JAWATAN,LETAK JAWATAN..LETAK JAWATAN

Nazri Abdul Aziz yang menyamakan teksi sebagai ‘TANDAS’ adalah keterlaluan dan suatu penghinaan yang tidak sepatutnya perkataan itu diungkap oleh seorang pemimpin yang ternama lebih-lebih ia bergelar sebagai seorang ‘Menteri’.
Mereka menyifatkan kenyataan Nazri itu sebagai taktik beliau untuk tidak melayani rungutan mereka sebelum ini berhubung masa depan perniagaan mereka khususnya syarat menghadkan usia perkhidmatan teksi supaya dilonggarkan.
“Kami mahu Nazri bertanggung jawab dan meminta maaf secara terbuka kepada para pengusaha teksi di seluruh negara terhadap penghinaannya itu. Meskipun ia bukan khusus ditujukan kepada kami tetapi sebagai rakan seperjuangan mencari makan sesuap nasi, kami juga berperasaan tersinggung,” kata Juking bin Kilan, 65, selaku jurucakap kumpulan itu ketika memberitahu Sabahkini.net.
Kenyataan Nazri beberapa hari lalu yang menggemparkan para pengusaha perkhidmatan teksi seluruh Negara dengan kata-kata keceluparannya yang menyamakan teksi dengan tandas, walaupun ianya hanya ditujukan kepada perkhidmatan teksi Lembah Klang, namun kemarahan di kalangan pengusaha teksi turut merebak di seluruh Negara.
Juking seterusnya berkata, tidak salah bagi Menteri terbabit untuk menegur dan memperbaiki sistem perkhidmatan awam di negara ini khususnya pengusaha teksi dan kereta sewa, tetapi biarlah teguran itu secara bersopan dan beradab.
“Saya terkejut apabila sahaja ada penumpang menaiki teksi saya, ada sahaja mereka kata separuh mengejek…betulkah teksi pakcik ini macam tandas seperti yang Menteri cakap? Tapi kami tengok masih bagus dan bersih,” jelas Juking lagi.
“Kami pengusaha teksi di sini masing-masing ada merakamkan percakapan Menteri itu dan kami akan perdengarkan kepada penumpang kami, apakah respons mereka tentang keegoan kata kata Menteri itu,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, Juking menggesa Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah supaya merangka satu memorandum bantahan kepada kenyataan Menteri berkenaan dan meminta beliau menarik balik kenyataannya itu dan seterusnya meminta maaf secara terbuka, bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Negara.
“Kami pengusaha teksi dan kereta sewa juga ada maruah dan harga diri, janganlah melihat golongan kami terlalu rendah kualitinya. Kami juga sebagai penyumbang kepada perkhidmatan Negara terutamanya dari aspek pelancongan,” katanya lagi

No comments: