
Selepas ketakutan yang amat sangat dengan gara-gara Dato Tok Guru NIk Aziz akan mendoakan bala pada pemungkir janji yang zalim kini kerajaan Malaysia dan polis ketakutan pemakaian lencana oleh seorang pemimpin utama HINDRAF, S Jayathas. Dia ditahan kerana didakwa memaki lencana anti-ISA.
Sejurus selepas beredar dari sebuah kuil Hindu di Bangsar Utama di mana majlis sembahyang itu diadakan, seorang anggota polis berpakaian biasa menarik Jayathas dan berkata dia ditahan kerana memakai lencana tersebut.
Jayathas tidak melawan tetapi berulangkali bertanya kepada anggota polis di situ sama ada lencana itu haram, tetapi mereka (polis) hanya berdiam diri.
Bekas penasihat undang-undang Hindraf P Uthayakumar yang mengetahui upacara sembahyang tersebut, cuba mendapatkan alasan penangkapan tersebut, tetapi tidak berhasil.
Di bawah Artikel 5 (1) perlembagaan persekutuan, pihak polis mesti menyatakan alasan penangkapan. Jayathas kemudiannya dibebaskan pada kira-kira jam 6 petang. Dia diminta melaporkan diri semula di balai polis Traverse pada 28 Disember ini.
Begitulah kisah Kerajaan BN telah dihantui oleh anti I.S.A. Betapa takutnya polis dengan kerajaan Malaysia. Sebab itulah mereka tidak mahu hapuskan I.S.A. I.S.A adalah nyawa mereka sebagai tahanan politik Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment