Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 14, 2009

ARAB SAUDI NAK JADI MACAM YAHUDI ?

Mentang-mentang Mekah dalam negara Arab Saudi, mereka berani menyerang jiran Islam sendiri.Arab Saudi negara Islam lain tidak berani serang betul-betul kerana negara Islam berhati-hati menyerang Arab Saudi contohnya semasa perang Iraq.Tetapi Arab Saudi akan berani bila Amerika Syarikat akan membantu mereka.
Penangkapan imam Mekah menunjukkan Arab Saudi terlalu sensitif sesiapa yang mengutuk Amerika Syarikat.Serangan Arab Saudi ke atas Yemen atas alasan pemberontak amatlah tidak boleh diterima .Gaya perang guna pesawat amatlah menunjukkan sifat pengecut dan dengan cara ini kematian tidak disangka atau tidak sengaja akan mudah berlaku.


Saudi Serang Kampung Yemeni, 70 Terbunuh..
SANAA, 14 Dis. - Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam satu serangan udara di perkampungan Yemeni berdekatan sempadan Arab Saudi hari ini, menurut puak pemberontak Huthi yang mendakwa insiden itu sebagai satu pembunuhan.
Seorang jurucakap tentera Yemen, Askar Zuail mengesahkan bahawa berlaku serangan udara di daerah itu serta ia dilakukan oleh pesawat-pesawat Yemen yang mensasarkan kawasan puak pemberontak dan bukannya terhadap orang awam.
Menurut satu kenyataan di internet, serangan itu dilakukan pada waktu awal pagi semalam ke atas perkampungan Bani Maan di daerah Razeh di utara wilayah Sadaa, iaitu kubu terkuat pemberontak.
“Pesawat-pesawat Saudi telah melakukan satu pembunuhan terhadap penduduk Bani Maan yang tidak bersalah,” menurut kenyataan pemberontak itu.
Berdasarkan jumlah kiraan awal, katanya, serangan itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh selain mencederakan lebih 100 orang. - AFP

No comments: