DS Najib pernah bersumpah, Ezam memang sesumpah dan juga Saiful yang pernah jumpa DS Najib juga dah berpa kali bersumpah.Mungkin orang BN lebih percaya kalau Nga Kor Ming bersumpah bahawa beliau tidak bermaksud seperti mereka faham.
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menyanggah tuduhan yang mendakwa beliau mempertikaikan pembinaan masjid berbanding rumah-rumah ibadat agama lain.
Kor Ming berkata soal mempertikaikan tidak berlaku, bahkan beliau amat mengalu-alukan pembinaan masjid digiatkan sebagai benteng moral menghadapi cabaran kesejagatan hari ini.
Namun beliau berpendapat pada masa yang sama, pemerintah BN juga perlu berlaku adil dengan tidak mengenepikan keperluan beragama bagi masyarakat bukan Islam.
“Saya tidak melakukan kesalahan. Yang saya buat adalah, saya bertanya di Parlimen, tentang peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jawapan diberi oleh menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob, ikut jawapan Menteri, kerajaan dari BN, memperuntukan RM 740 juta, untuk membina masjid dan pada masa yang sama, RM 9 juta diberikan kepada agama bukan Islam, iaitu hanya 1.2 peratus". katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment