Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 17, 2009

SEDUTAN KES TONGKAT-TONGKAT UMNO SUDAH REPUT


1. NAIB PARTI MCA LETAK DAH JAWATAN , Presiden ada tuduhan kes PKFZ dan timb. Presiden ada kes moral rakaman video seks.
2. NAIB PARTI GERAKAN DAH LETAK JAWATAN dan ada kes isteri dapat hadiah kereta Alpad bernilai RM600,000.
3. PRESIDEN PPP (Orang Utara kata Pi Pi Pi ... kalau dah 3 kali memang sah pi..rah) masih belum disahkan ,sedang saman menyaman dan masing-masing buat laporan polis . Yang mana satu pilihan mata kelabu Mkayveas atau T Murugiah?
4. 70 Ahli Parlimen (termasuk 1 orang speaker) boikot atau pulau bajet Pengerusi BN yang merangkap Perdana Menteri nyari kehilangan Kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat.
5. Negeri penyumbang talian hayat BN masa PRU12, sedang berkecamuk dengan kes Pengerusi Perhubungannya yang terlibat rasuah dan kautim dengan gangster serta kes rampas tanah rakyat.Bajet dah berbilion masih tak setara kemajuan dengan Semenanjung.Kes Kad Pengenalan dijana untuk pilihanraya dan untuk dijual.
6. Kes Menteri Tandas yang celupas dan rajin mengeluarkan kata-kata pedas terhadap ahli UMNO yang dihormati dan dah jadi bahan sejarah.Menteri Tandas ni lah yang memberi permit teksi dan tidak berkerja dengan'baik' akhirnya menyalahkan pemandu teksi.
7. Ahli Parlimen UMNO Ku li sendiri tidak setuju dengan Hak Royalti Minyak Kelantan di tukar Najib(Pengerusi BN & UMNO) kepada Wang Ehsan.
8. Perletakan misteri Timbalan Menteri Pelancungan.
9. Pentadbiran tak malu Perak oleh BN yang gelojoh dah lah merampas kerajaan di bawah Pentadbiran pakatan Rakyat malah keputusan siapa MB yang betul dipengap Mahkamah.
10. Kes DUN Siputeh dan Dun pelabuhan Klang tidak dapat ditangani oleh Perdana Menteri ini dengan cekap tapi penuh jerangkap samar yang memakn diri BN sendiri.
11. SPRM banyak melakukan kerja merapu bila kes rumah melibatkan jutaan RM Khir Toyo tidak disisat tetapi Tok Guru Nik Aziz ditaja pergi haji sebelum subuh dan sampai ke Kota Baru.memang SPRM macam lipas kudung.
12 Kes UMNO tiada telor, bilamana mempertikaikan Pilihan Raya Kecil pun SPR sanggup masuk Mahkamah mewakili hal UMNO.
13. Kes BTN (Biro Tata Negara) bukan 'Bela Tubuh Najib' menjadi haru-biru dan Kerajaan Bn tidak tentu hala sampai UMNO dengan UMNO bercekau antara satu sama lain termasuk veteran UMNO bila digertak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang
14. Kes kenaikan haga barang,petrol,cukai stem dan tol terus membuat rakyat dan ahli UNO sendiri meluat dan sedih dengan cara burk siku BN.
15. Kes runtuh terlalu banyak masa Najib, runtuh moral dan runtuh bangunan ,runtuh tanah bukit , jambatan runtuh dan yang malang tiada durian runtuh(bonus) pada kakitangan kerajaan yang menjadikan sokong Najib terus lemah dan rapuh.

Kes UMNO dan Konsep Pengerusi BN tidak diterima ahli Parlimen sendiri.
Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar.
Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi.
Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan.
Selain itu, konsep 1Malaysia dan Salam 1Malaysia yang dicipta perdana menteri juga dipertikaikan banyak pihak.
Difahamkan inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional terpaksa ditangguh berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan menteri Umno.
Keputusan penangguhan itu diputuskan ketika retreat khas yang diadakan di ibu negara Ahad lalu.
Selain itu ramai ulama mempertikai Salam 1Malaysia yang dianggap boleh menjejas aqidah seseorang Muslim kerana cuba merendah-rendahkan salam sedia ada dalam Islam.

Kisah MCA ringkas.
Naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dari Pahang adalah antara 13 anggota CC parti itu meletak jawatan untuk membolehkan pemilihan semula parti itu diadakan, semalam.
Surat peletakan jawatan masing-masing diserahkan kepada setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng.
Liow, yang juga Menteri Kesihatan berkata tindakan itu perlu untuk menyelesaikan segera krisis dalaman parti itu.
Ti berkata senario di akar umbi tidak seperti yang ditayangkan di kaca televisyen.
Ahli-ahli bawahan MCA rata-ratanya sudah bosan dan mahu krisis ini ditamatkan secepat mungkin manakala pilihan paling berkemungkinan adalah pengekalan status quo, kata beliau.

No comments: